ARTIKEL

Belajar dulu, kahwin kemudian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelajar tercicir perlu diberikan peluang kedua untuk menyerlahkan potensi sebenar diri mereka, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Jelasnya, isu pelajar tercicir sering menjadi kerisauan utama kementeriannya termasuk sekolah dan ibu bapa.

“Kita ada kebimbangan iaitu pelajar suka mengambil jalan mudah untuk berkahwin awal.

“Dengan ini potensi dalam diri mereka tidak lagi dapat dikembangkan serta digilap kerana perlu memikul tanggungjawab sebagai pasangan yang berumah tangga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatannya ke Sedidik Perdana Pending di sini, semalam.

Fatimah menjelaskan, kementeriannya bersama Jabatan Pendidikan mengambil pelbagai usaha untuk menangani dan memberikan sinar baharu kepada pelajar tercicir.

“Seperti yang berlaku di Dalat, saya turun padang dan pergi ke rumah pelajar yang tercicir bersama-sama guru bagi melihat sendiri keadaan mereka.

“Kita bimbing dan menasihati mereka supaya kembali ke sekolah dalam bidang kemahiran,” katanya.

Fatimah menjelaskan, kementeriannya akan terus berusaha menangani masalah keciciran pelajar supaya mereka tidak dilupakan dalam komuniti.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira