Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Belanggar Mija

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

TREND rumah terbuka ketika perayaan menjadi budaya masyarakat kita hari ini.

Umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidifi tri, dan tradisi rumah terbuka juga diadakan bagi menjemput keluarga dan rakan untuk hadir berkunjung.

Bercerita tentang rumah terbuka, baru-baru ini saya ditugaskan membuat liputan Pesta Kaul Mukah 2023.

Pada Hari Raya ketujuh, saya bersama-sama tiga rakan sekerja lain menaiki kapal terbang dari Kuching ke Mukah. 

Selain Pesta Kaul yang berlangsung dari 26 April hingga 1 Mei lalu, saya juga berpeluang membuat liputan Majlis Berlanggar Mija di Igan.

Majlis tersebut sangat unik, malah hanya diadakan di Igan semasa Aidilftiri.

Jujurnya, ia juga merupakan pengalaman pertama saya membuat liputan Majlis Berlanggar Mija yang diadakan di Kampung Igan.

Warisan budaya sejak turun-temurun jelas dilihat apabila penduduk kampung bekerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.

HANYA DI IGAN

Belanggar Mija merupakan tradisi penduduk kampung menyediakan juadah dan menjemput sanak saudara, jiran tetangga serta orang luar datang menziarah ketika Hari Raya Aidilfi tri.

Baca lain  Tapak warisan UNESCO di Vietnam

Menariknya, ketika saya menghadiri majlis tersebut, mereka sangat komited bekerjasama, bergotongroyong menyediakan tempat, serta makanan mencukupi untuk disajikan kepada tetamu yang hadir.

Sangat unik, kerana ia tidak berlaku di tempat lain, mungkin jika dengan sekali pandang, ia nampak seperti kenduri.

Tetapi sebenarnya ia membawa maksud kesepakatan dalam melakukan sesuatu dengan matlamat yang sama.

Di samping itu, ia memperlihat semangat perpaduan yang tinggi antara masyarakat selain, nilai kerjasama erat serta perkongsian rezeki.

Saya difahamkan, dalam majlis itu setiap rumah menyediakan juadah terbaik disediakan kepada tetamu.

Selesai sahaja majlis itu, giliran mereka dijemput sebagai tetamu ke kampung lain di Igan.

Kerjasama erat itu memberi makna besar sekali gus mencerminkan kesatuan rakyat dipupuk di peringkat akar umbi dan diamalkan.

Selari dengan hidup masyarakat majmuk, nilai perpaduan dan toleransi amat penting dalam memastikan ia kekal bertahan dan terus utuh serta ampuh.

Dengan perpaduan ini, Sarawak menjadi salah satu model yang tepat dalam hidup bermasyarakat majmuk.

Baca lain  Ikan susu lepaskan lima juta telur sekali gus

Bagi saya, nilai ini sangat penting untuk diterapkan dalam kalangan generasi muda agar tidak timbul isu polarisasi atau perkauman.

Itu antara nilai yang dapat diperoleh daripada Majlis Berlanggar Mija di Igan, biarpun nampak mudah tetapi ia memberi seribu satu makna tersirat.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Ayah pelindung keluarga

PERANAN institusi keluarga sangat besar terhadap anggotanya dalam menghadapi pelbagai

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru