ARTIKEL

Belanjawan 2020 dibentangkan hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng dijadual membentangkan Belanjawan 2020 yang sangat dinanti-nantikan di Dewan Rakyat pada 4 petang hari ini.

Ia merupakan kali kedua beliau membentangkan belanjawan tahunan negara itu.

Ramai rakyat Malaysia berkongsi harapan dan keinginan mereka untuk Belanjawan 2020 termasuk hasrat untuk melihat pelaksanaan inisiatif sosioekonomi yang memberi kesan secara langsung terhadap transformasi digital yang berterusan di bawah Revolusi Industri Keempat (IR 4.0).

Orang ramai tidak sabar untuk mendengar pengumuman inisiatif berkenaan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat dan lebih banyak peluang untuk menikmati kehidupan berkualiti.

Kebanyakan ahli ekonomi menyatakan harapan bahawa belanjawan kali ini perlu memberikan hala tuju yang lebih besar daripada kerajaan menerusi visinya dan memberi tumpuan kepada pertumbuhan yang mampan.

Sementara itu, persatuan perubatan mendesak kerajaan supaya mengkaji semula keberkesanan dan kelemahan dasar kesihatan sedia ada demi manfaat untuk rakyat.

Menerusi matlamat utama untuk meningkatkan kemakmuran rakyat dalam cara yang adil dan inklusif, kerajaan Pakatan Harapan mendengar suara rakyat sambil berusaha mengotakan janjinya untuk memulihkan Malaysia kepada kedudukan fiskal yang lebih kukuh menjelang 2022, walaupun mewarisi kedudukan kewangan yang membimbangkan.

Majoriti penganalisis berkata Belanjawan 2020 akan mencerminkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bertujuan menyusun semula ekonomi dan jurang perbezaan antara orang kaya dan golongan miskin.

Sebagai rekod, peruntukan sebanyak RM314.5 bilion disediakan untuk Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’.

Belanjawan 2020 juga merupakan belanjawan kedua kerajaan Pakatan Harapan, sejak ia memerintah pada Mei 2018.

Pembentangan Belanjawan Malaysia 2020 akan disiarkan secara langsung menerusi media massa, saluran media sosial dan akaun rasmi Facebook serta Twitter Kementerian Kewangan.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu