ARTIKEL

Belanjawan 2023: Keluarga miskin tegar layak terima STR sehingga RM3,100

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima bantuan maksimum sehingga RM3,100 menerusi peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antara pembaharuan yang diambil kira supaya isi rumah yang benar-benar terkesan mendapat manfaat lebih daripada STR.

“Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

“Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 ringgit kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

“Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini.

Secara keseluruhan katanya, STR akan membantu meringankan beban sara hidup hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Mengambil kira bilangan penerima tersebut, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan STR telah memanfaatkan lebih 60 peratus daripada rakyat dewasa negara.

Anwar menambah, kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta kepada dua juta belia berumur 18 hingga 20 tahun.

ANWAR IBRAHIM

STR merupakan penjenamaan semula Bantuan Tunai B40 dengan usaha ia akan ditambah baik kerajaan bagi membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Terdahulu, pembayaran fasa 1 STR kepada 8.7 juta golongan B40 yang bernilai RM1.67 bilion dilaporkan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerika berdaftar di pangkalan data secara berperingkat mulai 17 Januari 2023.

STR fasa 1 telah membabitkan kategori penerima isi rumah berjumlah empat juta dengan kadar RM300, 1.2 juta warga emas tanpa pasangan (RM100) manakala 3.5 juta golongan bujang (RM100).

STR merupakan satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah diperkenalkan oleh Anwar dengan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Ekonomi.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit