ARTIKEL

Belanjawan 2023: Sarawak terima peruntukan pembangunan RM5.6 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sarawak menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM5.6 bilion di bawah Bajet 2023, sekali gus menyaksikan pertambahan sekitar RM200 juta berbanding RM5.4 bilion yang diumumkan pada Oktober tahun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negeri Sabah dan Sarawak terus meraih manfaat besar daripada peruntukan pembangunan masing-masing sebanyak RM6.5 bilion ringgit dan RM5.6 bilion ringgit.

“Antaranya termasuklah perancangan untuk membangunkan bandar-bandar yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia.

“Ia termasuk bandar seperti Kalabakan, Sabah serta Ba’kelalan, Sarawak dengan kos RM1 bilion sebagai langkah menyambung perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Anwar Ibrahim

Pada pembentangan Belanjawan 2023 Oktober lalu, Menteri Kewangan ketika itu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata memberitahu Sabah dan Sarawak menerima peruntukan pembangunan masing-masing sebanyak RM6.3 bilion dan RM5.4 bilion.

Peruntukan itu meningkat hampir RM2 bilion berbanding Belanjawan 2022 yang menyaksikan kedua-dua negeri tersebut menerima RM5.2 bilion dan RM4.6 bilion.

Mengulas lanjut Anwar memberitahu, lebih RM2.5 bilion disediakan bagi melaksanakan projek-projek melibatkan prasarana awam yang kebanyakannya untuk manfaat Sabah dan Sarawak melibatkan projek jalan dan lampu jalan serta bekalan air dan elektrik.

‘Kerajaan juga komited meneruskan dan menyegerakan pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) kedua-dua negeri tersebut.

“Termasuk juga pembinaan Jalan Penghubung Sabah-Sarawak yang dianggarkan melibatkan kos keseluruhan RM20 bilion dengan jajaran lebih daripada 1,000 kilometer (km),” ujarnya.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit