ARTIKEL

Belanjawan 2024: Pengecualian cukai bagi yuran latihan sukan wajar dipertimbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRAJAYA: Pelaksanaan pengecualian cukai terhadap kos atau yuran latihan sukan antara perkara diutamakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perkara berkenaan telah dibincang bersama Kementerian Kewangan untuk dipertimbang supaya pihak yang mengeluarkan kos atau yuran latihan sukan dapat menikmati pelepasan cukai.

“Sebelum ini pengecualian cukai diberikan kepada individu yang membuat pembelian alatan sukan, tetapi kita harap ia turut diberi kepada ibu bapa yang mengeluarkan belanja bagi tujuan latihan sukan anak-anak mereka.

“Dengan adanya insentif ini, ia akan menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka menjalani latihan sukan dan dari situ lebih banyak duit dapat disalurkan seperti memberikan peluang pekerjaan buat jurulatih serta pada masa sama melahirkan bakat besar dalam sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Kejohanan U.S Kids Golf Malaysia Local Tour 2023 di Menara KBS di sini semalam.

Hannah turut berharap peruntukan mencukupi dapat disalurkan kepada KBS menerusi belanjawan kali ini.

“Kalau kita nak kecemerlangan dalam sukan, kita perlu melabur dan Sukan Asia sudah membuktikan semua perlukan duit kalau kita nak cemerlang, jadi saya harap peruntukan mencukupi untuk belia dan sukan,” katanya.

Pada Belanjawan 2023 yang dibentangkan Februari lepas, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM324 juta kepada KBS untuk program latihan dan kemudahan sukan. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika