ARTIKEL

Belanjawan 2024 perlu beri fokus kepada isu sara hidup – Noor Azlan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BANGI: Belanjawan 2024 yang bakal dibentang di Dewan Rakyat pada 13 Okt ini perlu memberi penekanan terhadap isu kos sara hidup rakyat yang kian meningkat. 

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata isu besar yang dihadapi negara adalah tekanan terhadap harga dan bekalan.

“Kalau di Bangi ini, masuk ke pasar raya kita tahu beras dekat mana. Cuba masuk pasar raya, nampak penuh ke, nampak kosong? itu sahaja jawapannya. Rata-rata orang terpaksa pergi dua tiga tempat hendak dapatkan beras yang dimakan. 

“Pada masa ini kita tidak bercakap soal mahu menukar telefon bimbit, kita bercakap soal mengisi perut. Itu antara isu semasa yang sangat besar,” kata Noor Azlan pada diskusi pra-Belanjawan 2024 di UKM hari ini. 

Beliau menekankan bahawa kejayaan ekonomi adalah kesejahteraan rakyat.

“Kalau ia tidak melimpah kepada keselesaan kehidupan, masih ada masalah dari segi menguruskan ekonomi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perlu ada model yang berkesan bagi pelaksanaan subsidi bersasar untuk mengelak ketirisan berlaku. 

Beliau menambah pengurangan subsidi boleh dibuat secara berkala dan penjimatan subsidi tersebut boleh diberi kepada mereka yang layak. 

“Pindahan penjimatan subsidi tersebut boleh diberi secara tunai kepada mereka yang betul-betul layak kerana data kes sudah ada,” katanya. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku