Belanjawan inklusif, mesra rakyat

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memberi fokus kepada segmen pembangunan luar bandar pada tahun depan.

Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, fokus ini adalah untuk mempercepat pembangunan luar bandar dan pedalaman Sarawak yang jauh ketinggalan.

“Kerana itu sejumlah RM4.41 bilion diperuntukkan untuk tujuan itu.
Ia adalah 63 peratus daripada jumlah keseluruhan RM6.597 bilion yang diperuntukkan untuk pembangunan,” katanya ketika membentangkan Bajet Sarawak 2020 di Dun Sarawak pagi tadi.

Keseluruhan Bajet Sarawak 2020 berjumlah RM9.8 bilion, kurang daripada RM10.851 bilion daripada jumlah perbelanjaan pada tahun lalu. Daripada jumlah itu, RM3.294 bilion adalah untuk perbelanjaan operasi.”

Bajet yang diumumkan Ketua Menteri itu juga penuh kejutan apabila memperkenalkan beberapa inisiatif baharu seperti khidmat bas percuma, bil air percuma RM5 setiap bulan kepada semua penduduk dan pemberian subsidi RM450 kepada setiap ibu baharu.

Suara Sarawak