ARTIKEL

Belanjawan Sarawak 2023 bersifat holistik- Lee Kim Shin 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERCAKAP… Kim Shin bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, dekat sini, hari ini.

KUCHING: Belanjawan Sarawak 2023 yang dibentangkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini disifatkan sangat holistik.

Demikian jelas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin yang menyatakan ia bukan sahaja memberikan fokus untuk tahun hadapan tetapi kepada generasi akan datang terutama sekali melibatkan cadangan penubuhan Dana Berdaulat.

“Saya berasa ini adalah belanjawan terbaik yang meliputi semua sektor dan rakyat Sarawak termasuk pembangunan, kebajikan, pembangunan bakat, mempertingkatkan infrastruktur digital dan sebagainya.

“Belanjawan ini juga mendorong Sarawak bergerak ke arah ekonomi moden, ekonomi digital dan ekonomi hidrogen,” katanya ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, dekat sini, hari ini.

Tambahnya, belanjawan itu turut berfokus kepada pendapatan baharu Sarawak dan bukan lagi sumber konvensional di negeri ini.

Sebanyak RM10.797 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan Sarawak 2023 dengan tema, ‘Sarawak Didahulukan: Ke arah masyarakat yang inklusif, makmur dan harmoni’.

Belanjawan Sarawak 2023 digubal dengan berlandaskan lima prinsip utama iaitu membangunkan ekonomi lebih teguh, berdaya saing dan saksama; membina Sarawak sebagai negeri berdaya saing dan berdaya tahan; mewujudkan masyarakat pintar yang disokong teknologi digital, pengetahuan dan inovasi.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

BERITA TERBARU

Presiden El-Sisi Jemput Agong, PM Lawat Mesir

KUALA LUMPUR: Presiden Abdel Fattah El-Sisi menjemput Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk melawat Mesir. Undangan itu turut dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.