ARTIKEL

Beli kad ATM untuk kegiatan ‘Scamer’, Kumpulan Jason akhirnya tumpas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili (duduk, tengah) bersama-sama pegawai kanan IPD Sibu pada sidang media berhubung kejayaan tangkapan ke atas dalang serta beberapa ahli ‘Kumpulan Jason’ di IPD Sibu, hari ini.

SIBU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu berjaya menumpaskan sindiket membeli kad pengeluaran wang automatik (ATM) untuk menjalankan kegiatan ‘Scamer’ di sini, yang dikenali sebagai ‘Kumpulan Jason’.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata ia apabila Bahagian Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Sibu menangkap dalang sindiket yang merupakan warga tempatan dikenali sebagai Jason @ Ah Long berusia dalam lingkungan 20-an, semalam.

Katanya, penangkapan Jason dibuat susulan daripada tangkapan dua lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an yang dipercayai ahli sindiket berkenaan pada 14 Disember lalu hasil daripada risikan yang dijalankan sejak Jun lalu.

Beberapa kad ATM, telefon bimbit serta barangan lain yang dirampas hasil daripada tangkapan ke atas dalang serta ahli Kumpulan Jason.

“Kumpulan ini bergiat aktif dalam menjalankan kegiatan membeli dan menyewa kad ATM, yang telah digunakan dalam beberapa kes penipuan dalam talian sebelum ini.

“Hasil tangkapan ke atas ketiga-tiga suspek turut berjaya merampas 13 keping kad ATM yang bakal dihantar kepada sindiket, 16 keping simkad, sekeping kad pengenalan atas nama seorang wanita, enam unit telefon bimbit dan sebuah kereta Perodua Axia,” katanya pada sidang media di IPD Sibu, hari ini.

Menjelas lanjut, Zulkipli berkata hasil semakan di dalam telefon bimbit yang dirampas dan semakan melalui Commercial Crime Intelligence System (CCIS) mendapati 11 akaun bank lain yang telah disewa terlibat dengan sembilan kes yang telah dibuka kertas siasatan, melibatkan jumlah kerugian mencecah RM 175,013.99.

Menurutnya, dalang sindiket akan merekrut ejen dalam kalangan orang tempatan untuk mencari individu yang berminat untuk menyewa atau menjual akaun bank pada kadar RM400 hingga RM500 bergantung kepada jenis akaun dan bank.

“Siasatan awal mendapati kad ATM yang diterima terlibat dengan kegiatan penipuan dalam talian seperti pinjaman tidak wujud, e-Dagang, Macau Scam dan tipu tawaran pekerjaan sambilan,” katanya.

Justeru, katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak menyerahkan atau memberikan maklumat akaun kepada mana-mana pihak bagi mendapatkan keuntungan dalam bentuk wang.

“Ini akan mendatangkan lebih banyak masalah dan kemudaratan daripada penyelesaian,” katanya.

Zulkipli berkata orang ramai boleh membuat semakan di balai polis terdekat atau melalui http://semakmuke.rmp.gov.my, CCID Infoline di talian 013-2111222, CCID Response Centre di talian 03-26101559/03- 26101599, Facebook CyberCrimeAlertRMP dan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

 

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul