ARTIKEL

Beli rumah atau sewa?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TAK PERLU BELI RUMAH, ia membebankan, lebih baik kita sewa sahaja.

Demikian, antara kata-kata yang sering kali kita dengar daripada segelintir masyarakat yang sangat takut terbeban hutang. 

Pernah terbaca hantaran anak muda yang menulis bahawa kesilapan terbesar mereka melabur untuk membeli rumah, terikat dengan pinjaman dan komitmen yang besar. 

Ada yang menegaskan lebih baik menyewa, apabila ada benda yang tak selesa kita boleh pindah, tak kira berapa kali pun kita suka. 

Mungkin ia lebih sesuai kepada sesetengah pihak, lebih-lebih lagi mereka yang sering berpindah atas urusan kerja. 

Jika pemilikan harta di tanah tumpah darah sendiri, ia tidak harus dipandang remeh. 

Bagaimana pula dengan nasib anak cucu kita pada masa hadapan?

Bayangkan generasi masa akan datang, apabila orang tua memutuskan tidak perlu ada hartanah sendiri.

 Hanya terus dengan menyewa, cukup masa kita pindah.

Hal ini juga, dilihat sebagai sesuatu yang agak membimbangkan, kerana tiada usaha berjuang memiliki aset masa panjang. 

Suatu hari kelak, bangsa kita mungkin tiada punya apa-apa rumah dan tanah seperti nenek moyang kita yang pernah kaya dengan aset sedemikian dahulu. 

IMPIAN

Justeru, sebaiknya anakanak muda menyimpan hasrat memiliki impian sekurangkurangnya memiliki sebidang tanah dan sebuah rumah. 

Tidak perlu terus mengambil keputusan membeli rumah dengan harga tinggi sekiranya keadaan kewangan tidak stabil.

 Mulakan secara perlahanlahan.

Boleh beli hartanah terlebih dahulu.

Mungkin mampu membeli sebidang tanah lot. 

Selepas itu, boleh buat rumah sedikit demi sedikit, walaupun terpaksa ambil masa yang lama kerana akhirnya anda tetap memiliki tanah dan rumah sendiri. 

Belilah apa-apa yang kita mampu, walau mungkin tidak gah namun, ia tetap berharga dan bermakna.

 Beli ikut kesesuaian dan perlu diingatkan jangan membeli hanya untuk menayang dan menunjuk kita berjaya dan mewah sehingga melebihi kemampuan sendiri.

Berusahalah membeli sebuah rumah supaya tidak disifatkan sebagai menumpang di negara sendiri. 

Sementara itu, inisiatif kerajaan Sarawak kini juga sedikit sebanyak membantu rakyat miliki rumah sendiri. 

Ambil dan rebut peluang untuk memiliki rumah sendiri dengan memohon Deposit Perumahan dan Skim Bantuan Bayaran Balik (HDRAS), Rumah Spektra MUTIARA (RSM) dan sewaan rumah melalui Skim Bantuan Sewa Sarawak (SRAS).

Inisiatif ini disediakan melalui Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) Sarawak, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dan Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd (Mutiara) bagi golongan yang layak terutamanya rakyat Sarawak kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40). 

MANFAAT

Kerajaan Sarawak dilihat sentiasa berusaha memastikan langkah dirancang dan dilaksanakan memberi manfaat kepada kumpulan sasaran dalam pengagihan kemakmurannya sejajar tanggungjawab merealisasikan ekonomi berpendapatan tinggi pada 2030.

Selain itu, skim Deposit Perumahan dan Skim Bantuan Bayaran Balik (HDRAS) yang menyediakan bantuan deposit sebanyak 10 peratus daripada harga belian atau sehingga RM10,000 kepada pembeli rumah pertama. 

Malah, skim itu turut menyediakan subsidi bayaran balik kepada pembeli rumah pada kadar RM200 sebulan sehingga 48 bulan. Ini kerana, antara satu faktor yang menghalang rakyat memberi rumah ialah kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan bank.

Bagi menangani isu itu, kerajaan Sarawak menyediakan pembiayaan untuk pembeli rumah B40 dan M40 pada kadar faedah hanya 1 peratus.

Secara kesimpulannya, terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan.

 Lebih banyak manfaat memiliki rumah sendiri berbanding menyewa, kerana kita bebas melakukan apa-apa pengubahsuaian ke atas rumah sendiri dan bebas daripada risiko dihalau pemilik rumah sewa.

LAIN-LAIN BERITA

Perempuan hidup lebih lama

SEKIRANYA bayi anda lahir pada 2021, 2022 dan 2023, secara purata dijangka hidup sehingga 74.0 tahun, 73.8 tahun dan 74.8 tahun. Ia bedasarkan Jadual Hayat

Pembangunan fizikal luar bandar jadi keutamaan

MEMANDANGKAN Sarawak wilayah terbesar di Malaysia, ia menjadi cabaran pembangunan untuk rakyatnya menikmati kemajuan. Kawasan luar bandar memerlukan kemajuan dari segi pembangunan fi zikal terlebih

Demam anak raja

SAYA selalu terfikir; apakah rasanya menjadi anak raja? Teringin untuk merasa kehidupan sebagai anak raja dan tinggal di istana. Kata orang, angan-angan itu wangian, walaupun

Percepat penurunan kuasa

SECARA asas, sistem pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meliputi perundangan dan pemerintahan. Tujuannya untuk melicinkan urus tadbir. Di bawah Senarai Persekutuan, ia meliputi

ASRAMAKU RUMAHKU

ASRAMA bagi sekolah rendah dan menengah di kawasan luar bandar amat penting untuk pelajar. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah

Sentiasa utamakan SARAWAK

TANGGAL 13 Januari 2017, merupakan tarikh bersejarah buat negeri Sarawak apabila Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil