ARTIKEL

Belia Kampung Semadang gotong-royong baiki jambatan gantung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Demi keselamatan kanak-kanak dan pelajar sekolah amnya, belia Kampung Semadang hari ini bergotong-royong membaiki jambatan gantung kampung mereka.

Inisiatif berkenaan dibuat apabila mendapati jambatan gantung yang sudah mencecah usia hampir 30 tahun itu kini dalam keadaan usang.

Malah, ia juga menjadi laluan utama kanak-kanak di kampung berkenaan untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan (SK) St Patrick Semadang yang terletak di seberang kampung.

Selain itu, jambatan gantung berkenaan juga menjadi antara tarikan bagi Kampung Semadang di Jalan Puncak Borneo, iaitu kira-kira 45 minit perjalanan dari bandar raya Kuching.

Justeru walaupun tanpa bantuan kewangan daripada mana-mana pihak, mereka tetap komited membaiki jambatan itu, yang sebahagian daripada papannya sudah rapuh dan patah.

Program itu juga menjadi aktiviti pertama yang dijalankan oleh para belia terbabit, yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Komuniti Kampung Semadang.

Belia Kampung Semadang bergotong-royong membaiki jambatan gantung, hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat pasukan buru gelaran juara Piala FA Serian

SERIAN: Saingan peringkat separuh akhir kempen Piala FA Serian berlangsung Ahad ini (28 Julai). Sekali gus, menyaksikan pertembungan hebat empat pasukan handalan dalam mengintai tiket