ARTIKEL

Belia Sarawak harus bangga dengan tarikh keramat 22 Julai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Tarikh keramat 22 Julai harus diingati setiap tahun dan menjadi kebanggaan semua rakyat Sarawak terutamanya golongan belia, kata Adun Balingian Abdul Yakub Arbi.

Menurutnya, masyarakat masa kini dapat hidup dalam aman dan harmoni hasil daripada kejayaan pemimpin terdahulu yang membebaskan negeri ini daripada penjajah.

“Kehidupan serba lengkap yang dikecapi ketika ini adalah kesan daripada kemerdekaan 58 tahun dahulu,” ujarnya.

Tegasnya, tidak pernah merasai kehidupan ketika zaman sebelum merdeka bukanlah satu alasan untuk sesiapa sahaja melupakan perjuangan atau pengorbanan dilalui oleh masyarakat terdahulu.

“Golongan belia juga tidak harus mudah terpengaruh dengan anasir jahat kerana sekiranya tersilap langkah, keamanan serta keharmonian yang telah dikecapi selama ini akan menjadi perjuangan yang sia-sia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yakub berterima kasih dan bersyukur kerana barisan pemimpin kerajaan negeri terus mengutamakan rakyat termasuk mempertahankan hak-hak Sarawak.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya