ARTIKEL

Belia Sarawak perlu tanam azimat “Agi Idup Agi Ngelaban”, bantu kerajaan majukan negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KAPIT: Belia Sarawak diingatkan untuk menanam semangat “Agi Idup Agi Ngelaban” sebagai azimat pahlawan kerana perjuangan bagi membangunkan dan memajukan wilayah ini masih belum tamat.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, slogan keramat bermaksud ‘selagi masih bernyawa, pasti akan melawan,’ itu mesti kekal dijadikan pembakar semangat semua rakyat negeri ini walau di mana berada.

Abdul Karim mewakili Premier Sarawak hadir pada sambutan Hari Belia Sarawak 2023 di Dewan Suarah Kapit, hari ini.

“Kepada para belia, jadikan azimat pahlawan ini untuk anda bersama-sama kerajaan memperhebatkan wilayah ini di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

“Kerajaan sememangnya mengiktiraf peranan belia dalam pembangunan dan saya menyeru agar anda bijak merebut peluang dalam arus pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sambutan Hari Belia Sarawak 2023 di Dewan Suarah Kapit, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, selaras Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS 2030), kerajaan telah menyediakan asas dan hala tuju yang jelas untuk golongan belia termasuk dalam bidang sukarelawan, pembangunan ekonomi, sukan, industri kreatif dan lain-lain bidang.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta