ARTIKEL

Belian ekuiti oleh pelabur asing lonjak 3.6 kali, cecah RM1.06 bilion minggu lepas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pembelian asing ke atas ekuiti Malaysia melonjak 3.6 kali kepada RM1.06 bilion pada minggu lepas berbanding RM292.2 juta pada minggu sebelumnya, didorong oleh aktiviti belian bersih setiap hari dalam tempoh seminggu.

Menerusi Laporan Aliran Dana mingguan terkini, MIDF Research berkata ini merupakan jumlah belian bersih mingguan paling kukuh dalam tempoh dua tahun dengan kali terakhir aliran masuk sebegitu ketara pada minggu berakhir 18 Mac, 2022 yang berjumlah RM1.18 bilion.

“Pelabur asing melakukan belian bersih berjumlah RM451.8 juta pada Isnin (29 April) dan seterusnya masing-masing RM184.3 juta pada Selasa, RM43.0 juta pada Khamis dan RM376.1 juta pada Jumaat.

“Sektor yang mencatat aliran masuk dana asing tertinggi adalah utiliti sebanyak RM443.7 juta dan diikuti dengan perkhidmatan kewangan (RM277.3 juta) serta telekomunikasi dan media (RM140.4 juta).
“Selain itu, sektor dengan aliran keluar dana asing bersih tertinggi adalah tenaga (RM22.4 juta), perladangan (RM16.9 juta) dan hartanah (RM10.4 juta),” kata cabang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd itu.

Menurutnya, institusi tempatan memanfaatkan sokongan kukuh terhadap pasaran tempatan apabila membuat jualan bersih sebanyak RM943.1 juta pada minggu lepas, selepas melakukan belian bersih selama sembilan minggu berturut-turut.

Baca lain  KLIA antara 10 lapangan terbang terkemuka dunia - Tinjauan global

“Jualan bersih itu dibuat setiap hari pada minggu lepas,” katanya.

Dalam pada itu, laporan MIDF Research turut merujuk peranan peruncit tempatan yang mengekalkan aliran jualan bersih bagi minggu kelapan berturut-turut berjumlah RM112.2 juta pada minggu lepas.
“Dari segi penyertaan, jumlah purata dagangan harian menyaksikan peningkatan dalam kalangan semua kelas pelabur dengan pelabur asing mencatat peningkatan sebanyak 22.0 peratus manakala pelabur institusi dan peruncit tempatan naik masing-masing 16.7 peratus dan 6.7 peratus,” katanya.

Mengulas aliran di Asia, MIDF Research berkata dana asing kembali ke rantau itu dengan mencatat US$1.09 bilion pada minggu lepas selepas dua minggu melakukan jualan bersih, disokong oleh aktiviti belian ketara di Taiwan yang menjejaki aliran positf pergerakan saham-saham teknologi di Wall Street.

“Korea Selatan dan Malaysia merupakan dua negara yang menyaksikan belian bersih oleh rakyat asing manakala lima negara lain yang kami teliti pula mencatat aliran keluar bersih,” katanya.
Semua pasaran ditutup pada Rabu lepas sempena cuti umum Hari Pekerja.
Bagi prestasi antarabangsa, MIDF Research berkata pasaran utama terus mempamerkan prestasi memberangsangkan pada minggu lepas apabila 16 daripada 20 indeks yang dipantau, mencatat keuntungan.
“Pasaran dengan prestasi teratas termasuk Hang Seng Hong Kong (4.67 peratus) dan diikuti oleh Nasdaq (1.43 peratus) serta Indeks Komposit Jakarta (1.40 peratus),” katanya.
– Bernama

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Pavilion Sarawak menyerlah di IMEX Frankfurt

KUCHING: Sarawak sekali lagi meningkatkan kedudukannya sebagai destinasi acara perniagaan utama di pameran perdagangan IMEX Frankfurt di Jerman, dengan melancarkan Pavilion Sarawak untuk tahun kedua

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim