ARTIKEL

Belum ada laporan musibah banjir, tanah runtuh, ribut akibat MTL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Belum ada laporan berkaitan musibah banjir, tanah runtuh dan ribut akibat Monsun Timur Laut (MTL) dilaporkan di Sarawak setakat jam 4 petang hari ini.

Menurut Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah membuat pemantauan di 43 lokasi.

“Berdasarkan pemantauan yang dijalankan, paras air sungai berada pada tahap normal dan menurun di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuching, Lubok Antu, Debak, Saratok dan Julau.

“Sementara paras air di PKOD di Selangau, Song dan Jambatan Kampung Badong, Jambatan Tebaang Besar di Daro meningkat manakala pemantauan di PKOD Kanowit, Matu, Daro, Dalat, Tanjung Manis, Miri dan Marudi menurun,”katanya menerusi laporan pemantauan MTL APM Sarawak, hari ini.

Katanya, seramai 44 orang anggota APM melakukan pemantauan pada jam 8 pagi sehingga jam 4 petang yang turut membabitkan 19 logistik.

Sementara beliau berkata, tiada perubahan jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Assyakirin, Bintulu.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU