ARTIKEL

Belum ada rancangan bina Stesen Penguatkuasa Timbang di sekitar Jalan Bau-Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Pengangkutan belum mempunyai sebarang perancangan untuk membina Stesen Penguatkuasa (Timbang) di sekitar Jalan Bau-Kuching.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil berkata, Stesen Penguatkuasa (Timbang) yang terdekat adalah di Serian, manakala dua stesen lain adalah di Stapang, Sibu dan Skaloh, Miri.

Katanya, stesen yang terletak di Serian itu merupakan Stesen Penguatkuasa Utama bagi Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian dalam melaksanakan operasi berkaitan dengan kenderaan lebih muatan.

“Bagaimanapun, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah dibekalkan sebanyak tiga unit alat timbang mudah alih yang digunakan bagi tujuan penguatkuasaan kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan.

“Sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 1,771 jumlah saman kerana kesalahan lebih muatan atau muatan berbahaya di Sarawak telah dikeluarkan,” katanya bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Dalam pada itu, katanya, JPJ Sarawak telah mengeluarkan sebanyak 343 saman kepada kenderaan melebihi muatan atau muatan berbahaya di sekitar Bahagian Kuching termasuk jalan di Jalan Bau-Kuching, setakat Oktober tahun ini. Selain turut memantau di kawasan Jalan Bau-Kuching sekurang-kurangnya 10 kali sebulan.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

Premis makanan dipantau supaya sentiasa bersih, selamat

SIMANGGANG: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mempergiatkan pemantauan terhadap premis makanan sekitar Simanggang bagi memastikan pengusaha mengutamakan aspek kebersihan terbaik.

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan