ARTIKEL

Belum ada tarikh rasmi Rafizi ke Sarawak untuk beri taklimat PADU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Belum ada sebarang tarikh rasmi mengenai kunjungan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ke Sarawak untuk memberi taklimat mengenai Pangkalan Data Utama (PADU).

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau tidak dapat mendedahkan tarikh kunjungan Rafizi ke negeri ini kerana ia melibatkan urusan antara dua kerajaan.

“Biarkan perkara itu diumumkan oleh Menteri Ekonomi sendiri,” katanya pada sidang media di Bangunan Baitulmakmur 2, di sini hari ini.

Mengulas mengenai PADU, beliau berkata, Perdana Menteri telah memaklukam kepada Premier bahawa sistem tersebut akan dinaik taraf setelah Sarawak menyuarakan kebimbangan mengenai maklumat peribadi.

“Jadi kita harus menunggu kerana tidak wajar untuk saya memaklumkan perkara ini. Tetapi sekurang-kurangya kebimbangan kita telah diambil maklum.

“Ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan sangat sensitif kepada apa sahaja pandangan rakyat,” katanya.

Terdahulu, pada 21 Mac lalu, satu memorandum rasmi telah dikeluarkan yang tular menasihatkan supaya tidak membuat pendaftaran di PADU kerana kebimbangan mengenai keselamatan peribadi.

Memo itu menasihatkan penduduk di pelbagai daerah dan kakitangan Pejabat Residen agar tidak mendaftarkan maklumat mereka di PADU sehingga diberitahu kelak.

Selain itu, arahan tersebut dilanjutkan kepada ketua masyarakat, ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah seliaan pejabat berkaitan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti