ARTIKEL

Karya ilustrasi Rudolph Zallinger (1965) yang banyak disalah faham kepada teori evolusi manusia berasal daripadaa kera. Foto: Wikimedia

Benarkah Darwin tidak pernah mengatakan manusia berasal daripada kera?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Charles Darwin Bapa teori Evolusi terkenal melalui dua buku karya beliau On The Origin of Species terbit 1859 dan The Descents of Man 1871.

Doktor biokimia dan biologi molekuler, Javier Yanes dari Universidad Complutense de Madrid dan penulis di BBVA Open Mind pernah membahas Darwin sebagai sarjana paling banyak disalah erti berkaitan Teori Evolusi.

Menurut Yanes, Teori Evolusi Darwin sebenarnya membicarakan hal berkaitan pilihan alam dan “survival of the fittest” serta variasi bentuk spesies akibat keperluan survival dan reproduksi.

Bukunya menjelaskan perkaitan antara manusia dengan kera dalam aspek tersebut sebagai perbandingan.

Menurut BBVA Open Mind pada Rabu, 13 Mac, Yanes mengatakan bahawa menurut Darwin bahawa manusia dan primat lain adalah berketurunan dari ‘nenek moyang yang sama’ dari ‘suatu bentuk yang lebih rendah’.

Jadi menurut Yanes, Darwin tidak mengatakan bahawa manusia berasal daripada kera.

Jika mengatakan manusia berasal dari kera, ertinya kera satu garis keturunan yang sama dengan manusia.

Yanes menjelaskan, melalui konsep Darwin tentang ‘common progenitor’ (nenek moyang sama) ertinya kera dan manusia mempunyai garis keturunan masing-masing, namun pada zaman dahulu garis ini pernah bertemu pada makhluk lain yang lebih rendah dan belum diketahui spesiesnya.

Yanes menjelaskan melalui tulisan Darwin dalam bukunya “The Descents of Man and Selection in Relation to Sex” bab VI, nenek moyang manusia dan kera kemungkinan sama-sama berasal dari Afrika.

Kata Yanes: “Kebingungan ini terjadi hingga kini, membuat banyak orang percaya bahawa kera seperti cimpanzi, orang utan, atau gorila ialah rancangan manusia yang gagal,” kata dia.

Yanes mengatakan tiga gambar sepanjang sejarah membuat dunia salah faham berkaitan Teori Evolusi dan Charles Darwin itu sendiri.

Salah satunya ialah gambar “The March of Progress alias The Road to Homo sapiens” karya Rudolph Zallinger 1965 dilukis untuk Life Nature Library.

Gambar ini membandingkan sosok kera purba dan manusia purba dengan manusia moden, namun disalah faham sebagai alur pembentukan evolusi manusia.

BERITA LAIN

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC