ARTIKEL

Benarkan pekerja keluar mengundi esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Para majikan diingatkan untuk membenarkan pekerja yang berdaftar sebagai pemilih untuk keluar mengundi esok hari, mengikut peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, direkodkan seramai 20,853,681 orang pengundi bakal mengundi pada esok hari.

“Sebanyak 8,958 pusat mengundi dan 38,348 saluran mengundi dibuka melibatkan seramai 363,515 orang petugas bagi melancarkan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

“SPR berharap semua pengundi menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi mengikut masa yang digalakkan seperti tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

“Sekiranya pengundi tidak dapat hadir pada masa keluar mengundi yang digalakkan atas sebab-sebab tertentu, mereka masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang (Sabah dan Sarawak),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menasihati pengundi untuk membuat semakan maklumat pengundian melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-88927018 / 03-88880040 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

Dalam pada itu katanya, SPR telah menjalankan semakan peralatan mengundi seperti peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi, petak undi dan sebagainya untuk kegunaan bagi proses pengundian yang akan dijalankan pada hari ini.

“Semakan ini untuk memastikan kesemua peralatan atau kelengkapan bagi pengundian lengkap dan berkeadaan baik.

“Kesemua peralatan ini diagihkan kepada ketua-ketua tempat mengundi (KTM) bagi setiap saluran mengundi,” jelasnya.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

BERITA TERBARU