ARTIKEL

Bendera AS dikibar separuh tiang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Presiden Joe Biden mengarahkan supaya bendera Amerika Syarikat dikibarkan separuh tiang selepas kejadian tembakan di sebuah sekolah Kristian di Nashville, Tennessee, menurut Rumah Putih dalam satu pengisytiharan.

“Sebagai tanda penghormatan kepada mangsa keganasan yang dilakukan pada 27 Mac 2023, di Nashville, Tennessee, menurut Perlembagaan dan undang-undang Amerika Syarikat, saya dengan ini mengarahkan bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di Rumah Putih dan di semua bangunan dan kawasan awam, di semua pos tentera, dan di semua kapal tentera laut Kerajaan Persekutuan di District of Columbia dan di seluruh Amerika Syarikat serta Wilayahnya sehingga matahari terbenam pada 31 Mac 2023.

“Saya juga mengarahkan bahawa bendera itu hendaklah dikibarkan separuh tiang untuk tempoh masa yang sama di semua kedutaan Amerika Syarikat, legasi, pejabat konsular, dan kemudahan lain di luar negara, termasuk semua kemudahan tentera dan kapal dan stesen tentera laut,” menurut Rumah Putih.

Penjenayah dalam kes tembak di sebuah sekolah swasta di Tennessee Amerika Syarikat dikenali sebagai Audrey Hale, 28, kata Ketua Polis Nashville John Drake dalam sidang media.

Hale dikenal pasti sebagai lelaki transgender dan dipercayai pernah bersekolah di sekolah itu, kata Drake.

Insiden tembakan pada Isnin menyebabkan enam orang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak berumur bawah 10 tahun, lapor Sputnik.

Suspek dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu hasil tindakan pantas polis.

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU