ARTIKEL

Bendera Malaysia hiasi laman utama Google Malaysia pada hari mengundi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ikon peti undi pilihan raya dengan bendera Malaysia menghiasi paparan di laman utama Google Malaysia, semasa seluruh negara hari ini dilanda ‘demam’ pilihan raya, bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengunjung ke google.com hari ini akan melihat paparan peti undi dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, ditempatkan di tengah perkataan Google, dan apabila paparan peti undi itu diklik, ia akan memaparkan penjelasan mengenainya.

“Pilihan raya umum Malaysia 2022, secara rasminya merupakan pilihan raya umum Malaysia ke-15, dijadualkan berlangsung pada 19 November 2022 untuk memilih Ahli Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia ke-15. Sebanyak 221 kerusi di Dewan Rakyat akan dipertandingkan semasa pilihan raya,” menurut kenyataan penjelasan itu.

Malaysia mempunyai 222 kawasan parlimen, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Padang Serai diadakan pada 7 Dis berikutan kematian penyandangnya merangkap calon Pakatan Harapan (PH-PKR) M. Karupaiya Rabu lepas.

Lebih 20 juta pengundi berdaftar akan mengundi pada PRU15 hari ini untuk memilih wakil rakyat bagi kawasan masing-masing bagi tempoh lima tahun akan datang.

Turut berlangsung hari ini ialah pengundian bagi pilihan raya kecil Dun Bugaya di Sabah, yang ditangguhkan berikutan pengisytiharan darurat bagi membendung pandemik Covid-19.

Pusat mengundi di Semenanjung Malaysia akan dibuka mulai 8 pagi, manakala di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan bermula jam 7.30 pagi; dan pusat mengundi di Semenanjung ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari dan 6 petang. – Bernama

BERITA LAIN

Hasil tuntut hak MA63

MIRI: Pembangunan dan kemajuan penting dicapai Sarawak dalam beberapa tahun kebelakangan ini hasil tuntut hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). ADUN Pujut Adam Yii

Perjuangan PBB untuk parti

SIBU: Perjuangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hanya satu iaitu untuk parti, tegas Ketua Pemudanya Miro Simuh. Justeru katanya, setiap perjuangan tidak mengira latar belakang

BERITA TERBARU

Pemansang asil nagih MA63

MIRI: Pemansang besai ti udah dijapai Sarawak kandang beberapa taun ke udah asil ari nagih hak di baruh Sempekat Malaysia 1963 (MA63). Kaban Kunsil Nengeri

Solar melepung HEP Batang Ai

BATANG AI: Projek ladang solar melepung diu Tekat Hidroelektrik (HEP) Batang Ai deka dikerembai, ngena 60 peratus ari 8,500 hektar pemesai tekat ai nya. Premier

19 selamat, bas jatuh gaung di Lahad Datu

LAHAD DATU: Sebuah bas ekspres yang membawa 19 orang termasuk dua pemandu dan seorang konduktor terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Batu 9, Jalan