ARTIKEL

Foto: MOHD ALIF NONI

Bendera Sarawak, Ibu Pertiwi dikibarkan separuh tiang bermula hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Ia susulan pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, 87, pada awal pagi tadi di sebuah hospital swasta, Kuala Lumpur.

Kerajaan Sarawak dalam kenyataan rasmi mengisytiharkan perkabungan selama dua hari pada hari ini dan esok sebagai menghormati pemergian bekas ketua menteri itu.

Foto: MOHD ALIF NONI

Dalam masa yang sama juga mengarahkan supaya semua majlis rasmi yang membabitkan acara-acara hiburan hendaklah ditangguhkan serta bendera dikibarkan separuh tiang.

Ketika ini, jenazah Allahyarham diuruskan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum diterbangkan ke Kuching dan dijangka tiba pada jam 3.30 petang kelak.

BERITA LAIN

MAS sudah kembali beroperasi

KUCHING: Malaysia Airlines kini memulakan operasi pengembalian semula penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke dan dari Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan

BERITA TERBARU