Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Bendung ledakan gelombang ketiga

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Foto AFP

GELOMBANG ketiga Covid-19 sudah bermula. Ramai yang cemas. Angka positif di seluruh negara menunjukkan semua pihak perlu berganding bahu untuk memeranginya.

Kelmarin sahaja merekodkan 852 kes dengan empat kematian menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 40,209 kes.

Sehubungan itu, kita tidak seharusnya mengambil jalan mudah. Tindakan tegas perlu diambil, selain penguatkuasaan dalam semua aspek.

Di Sarawak, kes Covid-19 membiak menerusi beberapa kluster yang masih belum menunjukkan petanda surut. Tindakan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di Daerah Kuching pada 9 hingga 22 November ini adalah langkah yang tepat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah menilai situasi dengan mengambil kira kes jangkitan tempatan yang direkodkan di Daerah Kuching iaitu sebanyak 151 kes dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Oleh itu, semua pihak perlu akur dengan setiap keputusan yang diambil kerajaan.

Pergerakan rentas daerah dalam negeri Sarawak dibenarkan kecuali keluar dan masuk ke Daerah Kuching. Setakat ini, polis membuat sekatan jalan raya di lapan lokasi di sekitar Daerah Kuching.

Baca lain  Kenapa pelajar kurang membaca?

Kira-kira 192 anggota penguat kuasa daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terlibat sekatan jalan raya sepanjang tempoh PKPB ini.

Seperti sebelumnya, orang ramai diminta untuk mendapatkan izin polis (di balai polis terdekat) sebelum melakukan perjalanan masuk dan keluar dari Daerah Kuching, tetapi hanya untuk kes kecemasan.

Selain itu, langkah Kementerian Pendidikan Malaysia menutup sekolah bermula semalam hingga hari terakhir persekolahan tahun ini adalah wajar sebagai langkah memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Bagi sekolah di negeri Kumpulan A, sesi persekolahan berakhir pada 17 Disember, manakala Kumpulan B pada 18 Disember. Sekolah di Pahang, Kelantan, Perlis dan Sarawak yang tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga ditutup hingga akhir tahun.

Penutupan sekolah mengambil kira sejumlah besar, iaitu sekitar 74 peratus sekolah berada dalam negeri PKPB.

Dalam situasi negara menghadapi gelombang ketiga pandemik dengan peningkatan jumlah kes positif yang tinggi, Kementerian Pendidikan memerlukan pendekatan yang berbeza.

Setiap perancangan atau keputusan yang dibuat perlu diperhalusi dan diteliti kerana kesan pandemik Covid-19 kepada sektor pendidikan, yang membabitkan pelbagai pihak berkepentingan yang begitu besar jumlahnya.

Baca lain  Komuniti setempat pilih ketua masyarakat

Ia merangkumi lebih lima juta orang murid dan pelajar serta lebih 500,000 orang guru dan pensyarah.

Keputusan dan pendekatan yang diambil Kementerian Pendidikan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan semua murid, guru, pensyarah dan warga kementerian.

Ketika cuti panjang dinikmati pelajar sekarang, ia bukan masa untuk bersuka ria. Apa yang penting, cuti sebegini seharusnya dimanfaatkan untuk mengulang kaji dan menyiapkan kerja rumah.

Untuk memutuskan rantaian virus misteri ini, orang ramai harus tinggal di rumah jika tidak mempunyai urusan mendesak di luar sana.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Pemilu pusingan dua

DUA dekad meneraju Turkiye, adakah era Presiden Recep Tayyip Erdogan

Teruja dan seronok

SEMALAM kami meraikan 16 pelatih universiti yang bakal menghabiskan latihan

Rumah idaman

RUMAH bukan sekadar keperluan asas untuk berteduh, berlindung dan menenangkan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru