NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Bengang ditegur anak saudara untuk tidak berbuat bising, lelaki cederakan anak buah guna pisau

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Pisau daging - Gambar hiasan

KUCHING: Bapa saudara dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan mencederakan anak buahnya mengunakan sebilah pisau daging, Ogos lalu.

Tertuduh  37, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Zaiton Annuar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Sri Cahaya Tondong, Batu Kawa kira-kira jam 11.00 malam, 3 Ogos lepas.

Oleh itu, Tertuduh didakwa di bawah Sekyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya.

Berdasarkan ringkasan kes, mangsa berusia 24 tahun telah membuat laporan polis terhadap tertuduh kerana mencederakannya menggunakan sebilah pisau daging di kediamannya sekitar jam 11.00 malam, 3 Ogos lepas.

Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian bahu kiri telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Sehari selepas laporan polis dibuat, tertuduh kemudian berjaya ditahan oleh pihak polis di kediamannya di Taman Sri Cahaya Desa Moyan, Tondong kira-kira jam 1.00 petang. Senjata yang digunakan juga turut dirampas.

Baca lain  Tiada arahan menembak ubat pelali terhadap anjing di dalam kawasan rumah

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah mencederakan bahagian bahu kiri mangsa menggunakan sebilah pisau. Kejadian tersebut turut disaksikan oleh saksi yang lain. Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, tertuduh bengang dengan teguran anak buahnya supaya tidak berbuat bising sehingga membawa kepada kejadian mencederakan mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Hisyam Junaidi manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 JUN 2023

Berita Terbaru