ARTIKEL

BENGKEL ASAS SERULING 23 DAN 24 DISEMBER INI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

»BENGKEL ASAS BERMAIN SERULING diadakan di studio mini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Kuching pada 23 dan 24 Disember ini.

Bengkel ini anjuran Pertubuhan Seni Digital Generasi Baru, Kuching dengan kerjasama Majlis Seni Sarawak (MSS). 

Menurut Timbalan Pengerusi Pertubuhan Seni Digital Generasi Baru, Abdul Rahman Mainol, objektif bengkel mendedahkan peserta kepada asas bermain seruling buluh daripada dua pakar seruling buluh negara. 

Pada masa yang sama, katanya ia membangunkan minat ke atas muzik tradisional Melayu, Sarawak yang menggunakan seruling sebagai salah satu instrumen.

“Selain itu, bengkel ini juga meningkatkan kebolehan muzik dan keyakinan dalam bermain muzik serta mengeratkan silaturahim antara peserta melalui pengalaman bermain muzik.

“Golongan sasaran pula tertumpu kepada peminat muzik yang mempunyai minat mendalam untuk mempelajari cara bermain seruling buluh,”ujarnya kepada Suara Sarawak.

Menariknya, bengkel ini mendapat bimbingan fasilitator dan tenaga pengajar Dr Kamil Salem dan Mohar Mohram untuk memberi pendedahan asas meniup lubang seruling dan gerak jari.

“Besar harapan saya agar kursus ini dapat menjadi asas yang kukuh bagi peserta untuk terus mengembangkan minat dan bakat mereka.

“Ia sekali gus dapat memberi dorongan positif kepada peserta dalam meningkatkan kemahiran bermain muzik dan meningkatkan keyakinan diri,” jelasnya. Difahamkan, tenaga pengajar, Muhardiman ialah pemain seruling buluh tradisional berkemahiran dan berprestasi tinggi yang kaya dengan pengalaman menjangkau lebih 15 tahun. 

Beliau mempamerkan bakat luar biasanya di pelbagai negara, termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Denmark, Sepanyol, Australia dan beberapa negara Timur Tengah.

Penguasaan seruling buluh tradisional memikat hati penonton di seluruh dunia.

Selain itu, Mohar mempunyai keistimewaan untuk bekerjasama dengan artis terkenal dalam industri muzik, termasuk Dayang Nurfaizah, Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan tokoh popular lain.

Kemahiran luar biasa itu memberi peluang untuk bekerja rapat dengan komposer terkenal seperti Datuk M. Nasir, Datuk Ramli MS, Datuk Ramli Sarip, Datuk Mohzani, Allahyarham Pak Ngah, Roslan Mamat, Johari Teh, Hellen Yap, Fauzi Marzuki dan Makoto Kubota.

LAIN-LAIN BERITA

Afieq Shazwan kemalangan di Krabi

PELAKON Afieq Shazwan memaklumkan dirinya terlibat dalam kemalangan sewaktu tiba di Krabi, Thailand baru-baru ini menerusi muat naik status di Instagram story miliknya. Bagaimanapun, Afi

Uhm Jung Hwa masih bujang

UHM JUNG HWA baru-baru ini muncul dalam rancangan bual bicara Lee So Ra di saluran YouTube dengan mendedahkan banyak perkara tentang kerjaya dan hubungan percintaannya.

Hazama Azmi menyesal tidak dalami al-Quran

PENYANYI, Hazama Azmi, 40, mengaku menyesal tidak mendalami al-Quran dan kurang fokus dalam pelajaran ketika bersekolah dahulu.  “Kepada adik-adik, jangan main-main, rugi. Nanti apabila umur

Puteri Balqis jelita persis Fasha Sandha

MENERUSI perkongsian di TikTok, usahawan Alha Alfa berkongsi tatarias wajah pelakon Puteri Balqis yang dipadankan dengan mahkota ala-ala pengantin.  “Teka siapa? Siapa nak cara solek

Pesanan Azhar kepada anak raih perhatian

TULAR satu gambar beserta kapsyen yang dimuat naik di Instagram milik pelakon, Azhar Sulaiman yang meraih perhatian warganet. “Buat semua anak-anak saya, setiap kali raya

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta