ARTIKEL

BENGKEL CUNGKIL BAKAT LAKON

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

»SERAMAI 20 peserta terlibat dalam Bengkel Pemerkasaan Bakat Lakon anjuran Studio Mimpi dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) di Bangedel Studio, Matang baru-baru ini. » Bengkel Pemerkasaan Bakat Lakon anjuran Studio Mimpi dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) di Bangedel Studio, Matang baru-baru ini. 

Menurut penganjur Abdillah Untong, program ini bertujuan memberi bimbingan secara mendalam, sistematik dan ilmiah dalam meningkatkan kualiti lakonan. 

Ia sekali gus menggarap, membangunkan watak dan perwatakan sesuai yang dimiliki oleh peserta.

“Ramai boleh berlakon tapi kualiti lakonan masih di tahap permukaan dan longgar garapan lakonannya,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Dalam pada itu beliau akui, lakonan berkualiti tidak mungkin dicapai dalam masa yang singkat melainkan latih tubi berterusan.

Tambahnya, menguasai teknik lakonan ialah tunjang dan teras kepada bengkel tersebut.

Di samping itu, katanya bengkel ini dicadangkan bertitik tolak daripada pemerhatian sewaktu berlangsungnya Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2019.

“Ramai bakat baharu ternyata terserlah lakonannya namun, masih banyak perlu dilatih dan perlu diperbaiki kualiti lakonan mereka dengan menguasai kemahiran teknik, kaedah pengukuhan watak dan perwatakan lebih cemerlang,” ujarnya.

KUALITI LAKONAN

Justeru, pelaksanaan bengkel melahirkan aktivis teater yang mempunyai kualiti lakonan mantap dan beriImu serta menguasai teknik lakonan. 

Katanyar, bengkel ini menyediakan platform bagi pelakon dan aktivis teater menguasai bidang lakonan secara profesional. 

“Pihak kami menyasarkan peserta yang terdiri daripada aktivis teater, persatuan dan kelab teater, pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG). 

“Melalui proses pembelajaran seperti ini pastinya melahirkan pelakon muda berbakat dan mempunyai ilmu dasar lakonan berkesan,” ujarnya.

Antara teknik yang dipelajari dalam bengkel tersebut ialah teknik muncul, teknik memberi, teknik pengembangan, takaran watak, teknik menahan puncak, teknik menonjol, tempo dan ritma, magic if, memori recall dan pelbagai lagi. 

“Saya sarankan agar mereka terus berlatih dengan latihan yang diperkenalkan bagi menguasai instrument lakon. 

“Peserta perlu menguasai tiga instrumen lakon yang paling dasar iaitu fi zikal, vokal dan mental.

Penguasaan ke atas ketiga-tiga instrumen ini merupakan prasyarat utama bagi menjelmakan lakonan berkesan dan berkualiti.

“Beberapa latihan secara khusus bagi menguasai ketiga-tiga instrumen ini diperkenalkan dalam bengkel,” jelasnya. 

Jelasnya, pelakon memerlukan pengupayaan daya pemerhatian tinggi serta imaginasi bernas.

Berlakon ialah proses peniruan tingkah laku manusia kemudian dipertonton kepada audiens.

Berlaku dua proses iaitu menciptakan watak dan kemudiannya bagaimana watak itu disampaikan kepada penonton.

KEMBANGKAN BAKAT

Bagi memperkasa bakat lakonan dalam kalangan peserta, Abdillah mencadangkan agar peserta bergerak secara berkumpulan dan mula mementaskan naskhah mudah terlebih dahulu.

Usaha mengembangkan bakat dalam bidang teater ini katanya, memerlukan gerak secara kumpulan atau bepersatuan daripada bergerak secara individu. 

“Lebih banyak pendedahan perlu dibuat kepada golongan muda khususnya mereka yang berminat, contoh mereka yang terlibat dalam produksi drama TVS.

“Bakat-bakat ini perlu didedahkan dengan bengkel asas lakonan sebelum mereka mula penggambaran di lokasi,” tambahnya.

Besar harapan Abdillah agar peserta boleh memanfaatkan ilmu yang diberikan dan dapat diamalkan dalam proses pembinaan watak semasa mereka berlakon dipentas atau di televisyen. 

Dalam pada itu beliau mengharapkan agar lebih banyak agensi kerajaan menawarkan dana bagi penganjuran aktiviti kesenian dan kebudayaan khususnya kebudayaan tempatan bagi menyemarakkan industri kreatif negara. 

Turut hadir pada majlis penutupan dan menyempurnakan sesi penyampaian sijil ialah Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKKN) Sarawak, Zurairi Hanip. Untuk pengetahuan, Studio Mimpi mengalualukan penyertaan orang awam yang berminat dalam Bengkel Teater Kanak-kanak pada 24, 25 dan 26 November ini.

LAIN-LAIN BERITA

Nawal Sufia menang tempat ketiga

PERTANDINGAN Akhir Bercerita dan Pidato Anak-anak Malaysia Piala Ketua Wanita Ikram berlangsung pada 24 Februari lalu. Thniah diucapkan kepada Nawal Sufi a Mohd Shukri yang

Komuniti desa berpendapatan tinggi

Ketika berucap pada majlis yang sama,Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfi kri Osman turut mengucapkan syabas dan tahniah atas kemenangan yang diperoleh dalam pertandingan

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan

Dapur bersih idaman

DAPUR merupakan bahagian paling penting di dalam rumah terutamanya untuk ibu. Kawasan dapur boleh menjadi tidak selesa jika kita mengabaikan faktor kebersihan ketika memasak atau

Enam nilai bersama

Bagi merealisasikan visi itu, perubahan budaya kerja mesti dilakukan dengan mengubah sikap dan tingkah laku negatif serta membuang segala budaya kerja lama yang tidak lagi relevan.

Integriti mantap budaya kerja

PROGRAM PENGUKUHAN ORGANISASI menjadi platform terbaik dalam membentuk dan memantapkan semangat berpasukan. Pendekatan ini juga sebagai saluran bagi pihak pengurusan mengadakan perbincangan dua hala dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan