Benteng SUFC masih kukuh

SARAWAK United FC (SUFC) membuktikan kehebatan benteng setelah melalui lima perlawanan tanpa dibolosi.

Ini bermakna, penjaga gol, Sharbine Alawe terus kebal bersama barisan pertahanan yang diterajui Taylor Regan.

Sabtu lalu SUFC mengalahkan Kelantan FC 1-0, hasil jaringan penyerang dari Korea Selatan, LeeChang Hoon.

Jurulatih SUFC, E. Elavarasan menjelaskan bahawa, ia merupakan satu motivasi buat pasukan.

“Para pemain semakin bersemangat, dan sentiasa mahu mengekalkan rekod ini (tanpa bolos).

“Jadi, ia pasti akan meningkatkan motivasi pemain untuk terus melakar kemenangan selepas ini,” ujar Elavarasan.

….Untuk berita sukan selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 05 Apr 2021

Suara Sarawak