HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Bentuk imuniti berkelompok

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MUKAH: Program Vaksinasi Kebangsaan kini diteruskan bagi fasa kedua di Mukah dengan seramai 120 warga emas telah berjaya divaksin oleh Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) pada Jumaat lalu di Dewan Suarah Mukah.

Sepanjang program dilaksanakan tiada kesan kritikal dikenal pasti selepas proses pemberian vaksin tersebut diberikan kepada semua warga emas.

Terdahulu, Residen Bahagian Mukah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Bahagian Mukah Hamdiah Bakir mendedah CITF Mukah memulakan pemberian vaksin fasa kedua khas kepada warga emas.

“Matlamat kita pada hari ini ialah seramai 120 dalam kalangan warga emas 60 tahun yang telah tersenarai bakal menerima vaksin Covid-19 jenis Pfizer- Biontec.

“Pemberian vaksin tersebut dilaksanakan untuk dos yang pertama, dan pelaksanaan berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Bagi salah seorang penerima vaksin berkenaan Penghulu Besiri Keri menjelaskan vaksin berkenaan penting untuk daya ketahanan penerima.

“Usah takut untuk menerima vaksin ini, kerana vaksin ini penting dalam membentuk imuniti berkelompok dalam komuniti kita.

“Bagaimanapun, menjadi satu keperluan bagi semua mematuhi garis panduan SOP yang diwartakan oleh kerajaan dalam memastikan penularan wabak ini dapat dibendung meskipun kita divaksin.

“Maka terus amalkan norma baharu, jangkitan Covid-19 tetap boleh menjangkiti orang yang telah divaksin, namun, risiko gejalanya berkurang berbanding orang yang tidak divaksin,” ujarnya lagi.

Bagi Cosmas Chukan Tampang yang menerima vaksin berkenaan secara sukarela menjelaskan dia menyahut seruan kerajaan bagi memastikan Covid-19 dapat dibendung dari terus menular dalam masyarakat.

“Beberapa kawasan khususnya rumah panjang, semasa permulaan pendaftaran vaksin di peringkat daerah, ada yang menolak untuk mendaftar, namun kini sudah terbuka hati untuk mendaftar.

“Ini bagi saya merupakan satu perkembangan positif dan kesedaran yang tinggi daripada peringkat akar umbi akan manfaat vaksin,” katanya lagi.

Cosmas turut mengakui dengan adanya media sosial semua info mengenai vaksin akan mudah disebarluaskan.

“Diharapkan lebih ramai yang akan mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19 ini,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru