ARTIKEL

Bentuk murid lebih berdikari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Jabatan Pendidikan Sarawak merangka tujuh pelan strategik bagi memenuhi perubahan pendidikan negara selain mencapai matlamat untuk membina modal insan berkualiti pada masa depan.

Pengarahnya, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, tujuh fokus utama melalui pelan itu ialah memantapkan kualiti kepimpinan dan pengurusan di pelbagai peringkat, meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru dan memaksimumkan pembelajaran murid agar mereka lebih berdikari dalam proses pembelajaran.

Selain itu katanya, JPN Sarawak memberikan penekanan terhadap usaha membentuk sahsiah dan disiplin murid berteraskan nilai murni, memperkembangkan bakat murid secara holistik.

“Di samping itu, kita mengukuhkan jalinan serta penglibatan ibu bapa, komuniti dan agensi luar serta sentiasa berusaha meningkatkan kualiti prasarana dan infrastuktur di semua 1,460 sekolah rendah dan menengah serta 30 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan dan Tokoh Guru Sarawak.

Majlis perasmian program disempurnakan Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah yang mewakili Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan turut dihadiri Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Baca lain  Lebih 1000 orang meriahkan sesi Berambeh Ngan CM Abang Jo di Betong

Dr Azhar berkata, komitmen jabatan melalui PSO 2023-2025 adalah meningkatkan pelibatan murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pendidikan, Latihan Teknikal Dan Vokasional (TVET).

Malah katanya, pelaksanaan Program Dwi Bahasa (DLP) yang diperkenalkan pada tahun 2017 merupakan satu usaha ke arah menyediakan generasi masa depan Sarawak untuk bersaing dalam pasaran global.

Jelasnya, pelibatan Ibu Bapa Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) bertujuan meningkatkan kerjasama antara ibu bapa, komuniti, sekolah dan pihak swasta secara meluas bagi memastikan visi kementerian mewujudkan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid tercapai.

“Atas kesedaran ini, KPM memperkenalkan Orang Tumpuan atau Focal Person (FP) PIBKS bagi menyokong Inisiatif #62.

“Pelantikan FP Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti Negeri berdasarkan komitmen FP dalam penyebaran dan PIBKS di peringkat Pejabat penataran maklumat Pendidikan Daerah dan sekolah,” katanya.

Tambahnya, seramai 30 FP dan seorang FP negeri dilantik untuk membantu Sarawak secara sukarela.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

BERITA TERBARU

Lagu Telai Belalai mantai penyelai Sarawak

KUCHING: Ex-Mrs Global Asian 2023 ti mega siku ex-pegawai bank, Kimi Tomas mujur ngeluar enggau ngelancharka lagu baru iya ti pejuluk Telai Belalai. Dulu agi