ARTIKEL

Bentuk pelajar berkualiti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERKHEMAHAN tahunan merupakan aktiviti yang dirancang di bawah unit kokurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) peringkat sekolah.

Ia menjadi tempat buat ahli TKRSM untuk mempraktikkan segala kemahiran yang dipelajari semasa di sekolah.

Para guru juga berpeluang membuat penilaian sama ada segala ilmu yang diterapkan dapat dikuasai oleh murid.

Perkhemahan ini diadakan di dua tempat berasingan iaitu di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuching (SRIAAK) dan Sekolah Rndah Islam Al-Amin Kuching 2 (SRIAAK2).

Di SRIAAK, pelajar Sekolah Menengah Al-Amin Kuching juga dijemput untuk menjadi fasilitator bagi memberi motivasi kepada setiap peserta yang mengikuti perkhemahan tersebut.

Mereka dibahagikan kepada 12 kumpulan di bawah bimbingan mentor iaitu guru yang terlibat.

Pelajar diberi tugasan untuk menghafaz ayat 13 dalam Hujuraat berkaitan dengan konsep taaruf.

Antara objektif perkhemahan ini membantu murid menguasai dan mempraktikkan ilmu TKRSM yang dipelajari.

Peserta berusaha bersamasama dalam satu pasukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan.

Selain itu, program sebegini berupaya mengetengahkan bakat kepimpinan dalam kalangan peserta.

Pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang perkhemahan tahunan kali ini.

Peserta belajar memasak secara berkumpulan dan berpeluang untuk membina khemah sendiri.

Sepanjang tempoh perkhemahan tersebut, mereka belajar untuk meningkatkan ketahanan diri, keberanian dan tawakal kepada Allah.

Murid juga didedahkan dengan latihan untuk mendirikan qiamullail.

Diharapkan agar program ini memberi manfaat buat para murid.

Pihak sekolah amat bersyukur atas segala kerjasama serta sokongan penuh daripada pihak pengurusan mahupun ibu bapa dalam memastikan objektif serta matlamat program tercapai.

BERITA LAIN

Jaga aib diri, orang lain

MENJAGA aib sesama manusia menjadi tanggungjawab yang dianjurkan dalam Islam. Pentingnya perbuatan menahan diri daripada mengumpat dan mencari kesalahan orang lain. Allah SWT juga memberikan

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program

Wanita 66 tahun bersaing Ratu Cantik

“Usia bukan penghalang, saya sentiasa ingin mencuba untuk menyertai dunia ratu cantik kerana ia sesuatu yang sangat inklusif. Saya tidak pernah lupa tentang warisan budaya

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

BERITA TERBARU