Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Berambeh makan di depan rumah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MUKAH: Sambutan Pesta Kaul 2021 tidak seperti tahun sebelum ini.

Hanya Kakan Kala – upacara memberi makan kepada ipok yang disempurnakan oleh Bapa Kaul dilakukan di Tapak Pantai Kala Dana, seawal jam 7 pagi.

Biarpun pesta kali ini tidak diraikan, namun penduduk Kampung Tellian mengadakan jamuan ringan di halaman rumah keluarga masing-masing bagi memastikan adat Melanau itu tidak dilupakan selain mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Tinjauan Suara Sarawak mendapati sebahagian penduduk berambeh makan di halaman rumah bersama-sama keluarga masing-masing.

Ia adalah bagi mendoakan agar segala masalah dan penyakit dapat dihindari daripada terus menular.

Salah seorang penduduk, Hamlin Snin, 41, berharap upacara berkenaan dapat memberi sinar baru kepada semua dan dihindari daripada segala penyakit dan masalah.

“Sempena upacara kaul ini, saya berdoa kita semua terhindar daripada penyakit.

“Selain itu, semoga rezeki nelayan juga baik, rezeki di hujung kampung juga baik terutama bagi mereka mengusahakan tanaman rumbia.

“Kita mahu semuanya baik-baik hendaknya,” katanya lagi.

Baca lain  Penganggur ditahan terlibat dadah

Warga emas, Sari Anu, 60, ketika ditemui berambeh bersama-sama cucunya di depan rumahnya juga mendoakan keadaan kembali seperti sedia kala kerana dia bimbang setiap kali pergi ke pasar.

“Saya berharap penularan Covid-19 segera reda. Kita tidak mahu apa-apa lagi masalah.

Semoga semua penyakit lesap daripada mengganggu kita.

“Sukar bagi saya setiap kali ke pasar ataupun ke mana-mana, sebab selalu risau dengan keselamatan dan kesihatan,” jelasnya lagi.

Menurut Benedict Peter, 41, pula, ritual kaul secara kecil-kecilan di depan rumah merupakan antara amalan kaul yang dilakukan pada zaman dahulu.

“Pada pagi ini, kami mengadakan ritual kaul secara kecil-kecilan bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Inilah cara penduduk kampung mengadakan Pesta Kaul untuk menjamu ipok pada zaman dahulu.

“Dengan adanya ritual tahun ini, saya berharap tahun depan dan tahun-tahun berikutnya, Pesta Kaul dapat diadakan secara besar-besaran bagi menarik pelancong ke Mukah,” tambahnya.

Sarinas Linus Peter, 32, memaklumkan, ritual kaul itu dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan meskipun kaul kali ini tidak diadakan.

Baca lain  Tiada positif Covid-19 di Sarawak hari ini

“Tahun ini, kita tidak boleh berkumpul dengan jumlah yang sangat ramai.

Jadi, kita hanya menyambutnya bersama-sama keluarga.

“Bezanya kali ini ritual hanya diadakan di halaman rumah dengan harapan pandemik Covid-19 akan berakhir.

“Kami juga mematuhi SOP yang telah ditetapkan iaitu tidak berkumpul beramai-ramai… jamuan ini untuk keluarga sahaja,” ujarnya.

Biarpun diadakan secara tertutup oleh sebahagian keluarga di kampung ini, adat makan di halaman rumah jelas mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Kebiasaan baharu tetap menjadi panduan kerana tiada penduduk dilihat berkumpul beramai-ramai.

Berdasarkan adat Melanau, semua makanan yang disajikan di halaman rumah pada hari tersebut tidak boleh dibawa masuk ke dalam rumah.

Sebaik-baiknya disedekah kepada orang lain atau diberikan kepada haiwan peliharaan.

Di kawasan Tapak Kaul Serahang Kakan pula, makanan yang tidak habis tidak boleh dibawa balik dan hanya diletak di bawah serahang.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

4 JUN 2023

Berita Terbaru