Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Berang didesak kembalikan ayam curi, penganggur ugut rakan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mengugut dan merosakkan kereta rakannya selepas berang didesak mangsa untuk memulangkan empat ekor hidup yang dicurinya.

Tertuduh Bahthiar Bolkipli, 31, dari Kampung Sungai Maong, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kata-kata ugutan berbunyi ‘kalau aku jumpa kau di luar, siap kau aku kerjakan’ semasa bertikam lidah dengan mangsa lelaki berusia 30 tahun.

Manakala, pertuduhan kedua, Bahthiar didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana sengaja melakukan khianat memecahkan cermin hadapan dan belakang kereta jenis kompak milik mangsa yang sama hingga menyebabkan kerugian RM400.

Bahthiar melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Sungai Maong, sekitar jam 1 pagi, 5 Oktober 2022.

Syarifah menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau dua bulan penjara bagi pertuduhan pertama. Manakala pertuduhan kedua, dia dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau tiga bulan penjara.

Baca lain  Lelaki Indonesia didenda, masuk negara tanpa dokumen sah

Berdasarkan fakta kes, pada 4 Oktober 2022, sekitar jam 10 pagi, pengadu dan tertuduh menggunakan sebuah kereta pergi ke sebuah kedai haiwan peliharaan akuatik.

Sejurus tiba di kedai berkenaan, tertuduh terus mengambil empat ekor ayam hidup tanpa membuat pembayaran, pengadu kemudian menasihatinya agar memulangkan ayam tersebut namun enggan berbuat demikian.

Selepas itu, pengadu terlihat satu perkongsian di laman sosial Facebook ‘manok local sarawak’ mendapati pemilik kedai berkenaan telah memviralkan kereta pengadu dan menuduhnya mencuri ayam tersebut.

Tertuduh yang berang sering dihubungi pengadu agar dia memulangkan ayam tersebut, datang ke rumah pengadu lalu memecahkan cermin kereta dan mengeluarkan kata-kata ugutan jenayah.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad memohon agar tertuduh dikenakan hukuman berat terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Ibu dari neraka

KUCHING: Seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini,

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru