ARTIKEL

Berang disuruh cari kerja, lelaki tergamak cederakan ibu kandung dipenjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang penganggur lelaki yang tergamak  cederakan ibu kandung sendiri kerana berang disuruh mencari pekerjaan dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Andrew Lim Sze Yung, 22, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A akta yang sama yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di Kampung Sudat Batu, Jalan Penrissen, kira-kira jam 7 malam, 21 November lalu.

Menurut fakta kes, ketika kejadian, anak lelaki pengadu telah menumbuknya di bahagian bahu dan dan telinga kanan hingga menyebabkan kesakitan.

Punca kejadian kerana pengadu yang berusia 64 tahun menegur anaknya (tertuduh) supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik dan menyuruh pengadu mencari pekerjaan.

Ia berikutan pengadu tidak tahan dengan sikap tertuduh sering meminta wang dan mudah marah sekiranya tidak mengikut kehendaknya.

Pengadu enggan memberikan wang yang diminta kerana akan digunakan tertuduh untuk membeli barang terlarang seperti dadah.

Bimbang akan keselamatan diri tertuduh membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh sehari selepas kejadian.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Pesara rugi hampir sejuta terpedaya polis palsu

MIRI: Seorang pesara swasta di sini terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM900,000 akibat diperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk

Seorang suspek kes ugut di Julau didenda RM100

SARIKEI : Seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di Sarikei hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang individu. Ketua Polis Daerah Julau

BERITA TERBARU