ARTIKEL

Beratur 8 pagi demi minyak masak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Bekalan minyak masak jenis paket di beberapa pasar raya utama di Kuching dan Samarahan dilaporkan tidak mencukupi.

Susulan itu, Suara Sarawak melaksanakan tinjauan di empat buah pasar raya utama masing-masing dua di Samarahan dan Tabuan.

Hasil tinjauan mendapati, memang benar stok minyak masak paket kehabisan stok.

Bekalan minyak masak paket dikatakan sudah habis dijual pada jam 3 hingga 4 petang selain terdapat pasar raya tidak mempunyai bekalan.

Salah seorang individu yang ditemui di salah sebuah pasar raya memberitahu, untuk mendapatkan bekalan minyak paket pelanggan perlu menunggu seawal jam 8 pagi.

Katanya, biasanya pasar raya akan mengeluarkan stok minyak paket pada awal pagi sahaja dan hanya jumlah tertentu dijual.

“Untuk mendapatkannya, kita terpaksa bergerak dari rumah awal untuk ke kedai demi minyak paket dan perkara itu sudah menjadi kelaziman kepada kami di sini, boleh dikatakan minyak paket itu menjadi rebutan ramai.

“Anda boleh dikira sebagai bernasib baik, langkah kanan sekiranya ada terjumpa bekalan minyak masak di kedai kecil, biasanya minyak paket lebih mudah didapati di pasar raya atau pusat beli belah,” katanya ketika ditemui di salah sebuah pasaraya di Stutong, semalam.

Hasil tinjauan mendapati bekalan minyak masak ada namun kebanyakannya di dalam botol.

Difahamkan, pembelian minyak masak paket kini turut dikawal dengan seorang individu hanya dibenarkan untuk membeli tiga paket.

LAIN-LAIN BERITA

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

BERITA TERBARU