ARTIKEL

Berbuka puasa di Padang Merdeka 9 April ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Kebajikan Mahabbah Kuching menghidupkan semula program Juh Berambeh Sungkei @ Kuching 2023 selepas kali terakhir diadakan kira-kira tujuh tahun lalu.

Menerusi kenyataan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, pihaknya bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Mahabbah Kuching untuk menganjurkan program tersebut pada 9 April ini di Padang Merdeka Kuching.

Kata kenyataan itu, program berbuka puasa itu pernah dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) lain pada 2016.

“Namun kini kami terpanggil untuk mengadakannya semula dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Mahabbah Kuching selaku penyelaras dengan menyahut seruan Malaysia Madani untuk mengukuhkan perpaduan terutamanya di Sarawak yang memiliki pelbagai etnik dan suku kaum,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk pengisian, program dijangka bermula 10 pagi dengan pasukan sukarelawan dan urusetia mengadakan gotong-royong memasak bubur lambuk untuk diedarkan pada sebelah petang.

Sementara acara di Padang Merdeka pula bermula sekitar 4 petang, yang mana pengunjung akan dihiburkan dengan nyanyian oleh kumpulan buskers.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU