ARTIKEL

Berbuka puasa di pondok kampung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Membawakan kelainan dan pembaharuan untuk masyarakat tempatan, Hotel Pullman Kuching pada tahun ini memperkenalkan konsep berbuka puasa di pondok sempena bufet Ramadan.

Menyediakan lapan buah pondok yang masing-masing dinamakan sempena nama kampung di sekitar Kuching, ia bakal menyediakan satu nostalgia unik untuk pelanggannya ketika menjamu selera.

Pengurus Besar, Adrian Ng berkata bufet Ramadan bertemakan ‘Nostalgia Mathies’ iaitu jalan terletaknya hotel tersebut akan bermula pada 3 April hingga 2 Mei depan.

“Setiap kali menjelang bulan Ramadan, sudah pasti lokasi untuk berbuka puasa menjadi tumpuan utama masyarakat Islam.

“Justeru, bagi membawakan suasana unik serta kelainan, pihak kita menyediakan keistimewaan dengan mendirikan lapan buah pondok di lobi hotel.

“Masing-masing dinamakan Pondok Bintawa, Semerah Padi, Haji Baki, Rampangi, Sourabaya, Telaga Air, Gersik dan Santubong,” katanya dalam ucapan ringkas sempena pelancaran Bufet Ramadan ‘Nostalgia Mathies’ di Hotel Pullman Kuching.

Tambahnya, dengan menyasarkan sekitar 200 pelanggan sehari bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mencegah jangkitan Covid-19, pihaknya bermula pada 6.30 petang hingga 10 malam sepanjang tempoh tersebut.

Baca lain  Buaya sepanjang enam kaki masuk jerat

“Pada tahun ini, terdapat kira-kira 100 jenis hidangan untuk dicuba dan disediakan khas oleh barisan kulinari hebat, diketuai oleh Cef Rizal Masir.

“Juadah yang dihidangkan berbeza setiap hari dan pastinya memenuhi cita rasa dengan pilihan masakan asli Melayu dan antarabangsa yang lazat.

“Antaranya ialah kambing golek bakar, ayam percik pasu yang dibakar dalam tempayan, ayam bakar shawarma, aneka gulai kawah, bubur pedas dan aneka kuih-muih,” jelasnya.

Bufet tersebut menawarkan harga prajualan yang bermula pada 15 Mac sehingga 31 Mac, dengan harga RM78+ seorang.

Harga biasa bermula pada 1 April sehingga 2 Mei, dengan harga RM98+ seorang.

Manakala, RM50+ untuk harga kanak-kanak dan warga emas. Sementara untuk pakej pondok, pihak hotel menawarkan harga RM498+ untuk lima orang maksimum dan tempahan dibuat menerusi talian 082-222888.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Belia digalakkan ceburi bidang perindustrian 

SEBAUH: Bagi memenuhi keperluan masa kini dalam bidang perindustrian, golongan belia, terutamanya lepasan sekolah menengah dan pengajian tinggi, digalak untuk menceburi kerjaya dalam sektor tersebut

Guru berperanan hasilkan generasi muda berkualiti

MIRI: Guru memainkan peranan penting dalam usaha menghasilkan generasi muda yang berpendidikan berkualiti serta modal insan dinamik pada masa depan. Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU

Belia digalakkan ceburi bidang perindustrian 

SEBAUH: Bagi memenuhi keperluan masa kini dalam bidang perindustrian, golongan belia, terutamanya lepasan sekolah menengah dan pengajian tinggi, digalak untuk menceburi kerjaya dalam sektor tersebut

Guru berperanan hasilkan generasi muda berkualiti

MIRI: Guru memainkan peranan penting dalam usaha menghasilkan generasi muda yang berpendidikan berkualiti serta modal insan dinamik pada masa depan. Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk