Berdirinya 1,200 menara telekomunikasi sebelum 2022

MIRI: Kerajaan Sarawak menyasarkan 1,200 menara telekomunikasi dibina menjelang 2022 dalam rangka tindakan dasar ekonomi digital yang diperkenalkan pada 2017.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, setakat ini Kerajaan Sarawak menerusi Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) membina 600 menara telekomunikasi.

“Di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pula sebanyak 686 menara telekomunikasi tambahan dibina di bawah Skim Jalinan Digital Negara (Jendela).

“Maka, lebih 1,200 menara telekomunikasi dibina di Sarawak sebelum 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi di Mulu.

Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 8 Apr 2021

Suara Sarawak