ARTIKEL

Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie. | Foto Facebook BAM

Beregu campuran negara juara Terbuka Switzerland 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie meraih gelaran pertama musim ini apabila menjuarai Terbuka Switzerland 2024 malam ini.

Pada perlawanan berlangsung di St Jakobshalle di Basel menyaksikan Soon Huat-Shevon mempamerkan kekuatan sebenar apabila menewaskan rakan senegara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sejak awal permainan dengan memenangi set pertama 21-16.

Kemenangan itu nyata memberi tonik buat Soon Huat-Shevon untuk mendahului 11-3 sebelum menoktahkan kemenangan ke atas Tang Jie-Ee Wei dengan pukulan deras diakhiri keputusan 21-13 dalam masa 36 minit.

Soon Huat-Shevon, selaku juara kejohanan bertaraf status Super 300 itu, membawa pulang hadiah wang tunai US$16,590 (RM78,582) manakala Tang Jie-Ee Wei menerima US$7,980 (RM37,799).

Ini merupakan gelaran pertama diraih pasangan di kedudukan ke-14 dunia itu selepas menempuh tujuh perlawanan pada musim ini sejak Januari lepas. — BERNAMA

BERITA LAIN

HSL Samarahan Maraton tawar hadiah RM58,000

SAMARAHAN: Pelari Afrika, Brunei, dan Singapura antara yang mengesahkan penyertaan Samarahan Maraton HSL yang berlangsung pada 11-12 Mei depan. Kejohanan julung kali anjuran Majlis Perbandaran

Kilat Boy, Herlan mula berlatih Sabtu ini

KUCHING: Sesi latihan bersama petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong dengan petinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez bermula Sabtu ini (20 April) di Pusat Tinju Elit

Empat pasukan buru gelaran juara

SEBUYAU: Teka-teki pasukan yang bakal dinobat selaku juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau Edisi Ke-30, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau,

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh