ARTIKEL

Beregu negara kandas lagi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JUARA dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas pada peringkat suku akhir Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena kelmarin.

Pilihan kedua kejohanan itu gagal mempamerkan prestasi terbaik mereka apabila dikejutkan pilihan kelapan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia, 18-21, 19-21 selepas 52 minit. 

Wooi Yik yang kecewa, mengakui aksi Leo-Daniel lebih baik hari ini dan mereka lebih bersedia.

“Kami tidak cukup sabar.

Kami telah cuba yang terbaik namun mereka lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Ditanya mengenai misi seterusnya, Wooi Yik berkata mereka tidak akan menyertai Terbuka Thailand di Bangkok pada 30 Mei-4 Jun ini dan kembali beraksi pada Terbuka Singapura pada 6-11 Jun. 

Sementara itu, Leo-Daniel akan menentukan tempat ke final dengan menentang satu lagi beregu kebangsaan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Terdahulu, Wei Chong-Kai Wun membuat kejutan dengan mengejutkan bekas juara dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 23-21, 21-17 yang juga merupakan kemenangan terbesar dalam kerjaya mereka setakat ini. 

Selain itu, beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga gagal mara ke pusingan seterusnya selepas tewas kepada beregu Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 21-15, 16-21, 14-21. – BERNAMA

BERITA LAIN

Empat pasukan buru gelaran juara Piala FA Serian

SERIAN: Saingan peringkat separuh akhir kempen Piala FA Serian berlangsung Ahad ini (28 Julai). Sekali gus, menyaksikan pertembungan hebat empat pasukan handalan dalam mengintai tiket

Sentinels STK muncul juara futsal

KUCHING: Pasukan Sentinels STK dari Kuching melakar kejutan muncul juara Kejohanan Futsal Runati sempena Hari Sarawak 2024 yang berlangsung di Stadium Tertutup Bukit Lima, Sibu

BERITA TERBARU

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

Empat pasukan buru gelaran juara Piala FA Serian

SERIAN: Saingan peringkat separuh akhir kempen Piala FA Serian berlangsung Ahad ini (28 Julai). Sekali gus, menyaksikan pertembungan hebat empat pasukan handalan dalam mengintai tiket