ARTIKEL

Berehatlah Cliff, anjing pengesan bomba selamat dikebumi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SERIAN: Kematian anjing pengesan daripada disiplin Cadaver milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Cliff memberi kesan kepada pelatihnya, PBK I KUP Steven Ambu.

Cliff yang hampir enam tahun berkhidmat bersama jabatan itu menurut Steven, merupakan haiwan pelatih pertamanya apabila berpindah balik ke Sarawak pada tahun 2018.

Mengenang kembali memori bersama, Steven menyifatkan anjing baka ‘English Springer Spaniel’ dari Amerika Syarikat itu mudah patuh dan antara yang paling menyerlah ketika dibawa bersama pengoperasian.

“Kami mula berkhidmat di jabatan ini pada tahun yang sama, cuma saya melapor diri pada awal tahun manakala Cliff dibawa masuk pada Disember 2018,” ungkapnya ketika ditanya pemberita usai pengebumian Cliff, hari ini.

Anjing pengesan itu selamat dikebumikan di sini, sekitar jam 10 pagi, hari ini di belakang pusat penyimpanan anjing K9 BBP Serian. Hadir sama Pengarah JBPM Sarawak Datuk Khirudin Drahman @ Hussaini.

Menurut Steven lagi, Cliff disahkan meninggal dunia pada 25 Disember 2023, tanpa menunjukkan sebarang simptom sakit atau mencurigakan.

Dedahnya, antara kejayaan Cliff dalam pengoperasian ialah menemui mangsa kes masing-masing di Nanga Belaik Ulu Skrang dan di Long Miri.

“Kejayaannya itu sekali gus membantu menjimatkan masa pengoperasian pencarian di lokasi berisiko sekitar kawasan sungai,” ujarnya sambil memberitahu Cliff telah menyertai lebih dari 10 operasi kebombaan.

RATAP…Datuk Khirudin (dua kanan) menyaksikan pengebumian Cliff

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU