ARTIKEL

Bergaduh di pusat hiburan, lima ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Empat individu mengalami kecederaan selepas terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah pusat hiburan di sini, malam tadi (Sabtu).

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan hari ini berkata, susulan itu lima lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut.

Beliau berkata, suspek yang ditahan itu berusia antara 29 hingga 55 tahun.

Menurutnya, tangkapan dibuat susulan laporan polis berhubung insiden tersebut yang dibuat oleh beberapa individu pada 1.44 pagi Ahad sejurus kejadian.

“Kejadian didakwa berlaku apabila salah seorang suspek yang dipercayai mabuk mengganggu ahli keluarga mangsa,” jelas beliau.

Zulkipli mengatakan tindakan suspek mengundang pertikaman lidah sebelum pergaduhan tercetus di luar pusat hiburan.

Pemeriksaan latar belakang suspek terlibat mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah termasuk kes narkotik.

Beliau berkata, polis memohon perintah reman untuk suspek bagi membolehkan siasatan lanjut kes berkenaan.

“Kami juga sedang mengesan saki-baki suspek yang masih bebas,” katanya.

Pihak polis memberi jaminan bahawa kejadian ini tidak melibatkan unsur gengsterisme dan menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Justeru, beliau menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat kes tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Hakimi Abd Azide di talian 011-31873715 atau 084-344111.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

Bejimat pulai ke menua maya pemisi Gawai

KOTA SAMARAHAN: Sepenyampau 66 ketapu pengelikun udah disua ngagai mensia mayuh nyengkaum ketapu pengelikun ungkup nembiak mit ba jalai Palan Bedaja Kaunsil Mengeri Kota Samarahan