ARTIKEL

Berguru di Jepun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAM misi melahirkan atlet yang mampu menghadiahkan pingat emas pertama untuk negara dalam Sukan Olimpik, Jawatankuasa Road To Gold (RTG) terbang ke Jepun untuk berguru dan melihat lebih dekat kelengkapan serta sistem sokongan atlet yang ada di negara matahari terbit itu. 

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi catatan di akaun media sosial rasminya memaklumkan delegasi yang diketuai oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh itu kini berada Nippon Sport Science University (NSSU) di Tokyo dan Yokohama bagi mempelajari sistem sokongan atlet yang diberikan, “NSSU memiliki rekod hebat dalam penghasilan atlet-atlet bertaraf dunia dan sudah melahirkan 137 pemenang pingat untuk Kontinjen Jepun pada temasya Sukan Olimpik serta Paralimpik, termasuk 41 pingat emas keseluruhan.

“Dalam lawatan itu Jawatankuasa RTG telah berpeluang bertemu dengan pimpinan NSSU, berdialog serta mengadakan sidang media bersama dan mereka bersedia menawarkan kerjasama serta sistem sokongan bukan sahaja untuk atlet tetapi untuk jurulatih juga,” menurut catatan itu.

KBS memaklumkan, fokus lawatan kerja itu juga membincangkan tentang aspek wanita dalam sukan dan diharap kerjasama dua negara itu dapat meningkatkan mutu kualiti sukan di Malaysia dalam usaha mencapai impian emas Olimpik. 

Ahli jawatankuasa lain yang menyertai lawatan itu adalah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli dan penyelaras RTG Stuart Ramalingam.

Hannah dan Mohamad Norza merupakan pengerusi bersama RTG.

Pada Februari lepas, MSN dan MOM telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan NSSU yang membuka peluang perkongsian pengetahuan serta kepakaran berkaitan bidang teknologi sains sukan dan pendidikan jasmani dengan universiti yang dikenali sebagai “Nittaidai”.

Malaysia yang menyertai Olimpik musim panas sejak edisi Melbourne 1956 setakat ini masih kempunan untuk meraih pingat emas dengan pencapaian terbaik sekadar empat perak dan satu gangsa di edisi Rio 2016. – BERNAMA

BERITA LAIN

Dominator JR FT terbaik, semakin digeruni

KUCHING: Skuad Dominator JR FT kini antara pendatang baharu yang semakin digeruni keedibiliti mereka di pentas saingan bola sepak lima sebelah atau lebih dikenali sebagai

Fasiliti Stadium Sarawak akan dinaik taraf

KUCHING: Penaiktarafan fasiliti di Stadium Sarawak akan dilakukan susulan negeri ini sebagai tuan rumah bersama bagi Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada tahun 2027. Menteri

Skuad B-16 Malaysia belasah Timor-Leste, 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C

Selangor FC tumbangkan Perak FC, 2-1

KUALA LUMPUR: Selangor FC merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Perak FC 2-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10

BERITA TERBARU