ARTIKEL

Berhati-hati lakukan badal haji

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Umat Islam di negeri ini perlu lebih berwaspada sekiranya mahu menunaikan badal haji bagi mengelak berlaku penipuan.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, penipuan tersebut sepatutnya tidak berlaku di Malaysia.

“Kita merasa sedih kerana terdapat penipuan melibatkan badal haji berlaku di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Ibadah Korban di Kampung Bintawa Tengah hari ini.

Dr. Abdul Rahman diminta mengulas mengenai laporan penipuan badal haji melibatkan umat Islam di Malaysia.

Ia susulan pendedahan video berdurasi 51 saat di Facebook pada Rabu yang memaparkan mengenai tindakan sekumpulan lelaki yang menggunakan khidmat ‘pelakon’ untuk menunjukkan bukti bahawa badal haji telah dilaksanakan.

Helaian kertas kononnya sebagai bukti ibadah itu dilakukan turut kelihatan bersepah di sekitar kawasan Jabal Rahmah, Makkah dibuang oleh kumpulan terbabit dengan tertera nama dari pelbagai negara termasuklah Malaysia.

Badal haji atau ganti haji bermaksud seseorang yang telah melakukan haji untuk dirinya boleh melaksanakan haji untuk orang lain sama ada yang telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh untuk melakukan ibadah haji.

Menurut Dr. Abdul Rahman lagi, agensi yang diamanahkan untuk menunaikan badal haji perlu melaksanakan ibadah tersebut dengan amanah.

“Kita berharap pada masa akan datang, penipuan seperti ini tidak berlaku kerana kerana boleh mengundang keresahan dalam kalangan jemaah dan keluarga mereka,” ujarnya.

Mengenai ibadah korban, beliau menjelaskan, ia merupakan platform.

Untuk mengukuhkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

“Budaya ini sudah lama kita amalkan.

Kita berharap pada masa akan datang kita dapat teruskan mengadakan program seperti ini menerusi gotong-royong,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP