BINTULU: Orang ramai khususnya umat Islam yang akan pulang untuk menyambut hari raya di kampung diingatkan untuk berhati-hati memandu di jalan raya.
Adun Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming, turut mengingatkan semua untuk sentiasa mengutamakan keselamatan dengan memandu secara berhemah ketika pulang ke kampung halaman masing-masing.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia, amnya dan Sarawak, khasnya. Berhati-hati ketika memandu di jalan raya apabila balik ke kampung kelak,”katanya ketika ditemui usai majlis berbuka puasa bersama media tempatan, di sini, malam tadi.
Lebih 20 rakan media tempatan termasuk kakitangan awam dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjong Batu termasuk ahli-ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu diraikan dalam majlis berbuka puasa yang dihoskan Adun Tanjong Batu itu.