ARTIKEL

Berhijab tidak halang kerjaya industri seni

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DILANTIK SEBAGAI DUTA MISS GLOBAL ANTARABANGSA 2024 menjadi kebanggaan Jasrina Jasni selain penghormatan tertinggi sepanjang hidupnya. 

Perjalanannya sehingga ke tahap ini dipenuhi pelbagai pengalaman dan peluang.

“Saya lahir dan dibesarkan di Sabah, bersama-sama ibu yang berasal dari Sabah, manakala bapa berasal dari Pulau Pinang.

“Lahir dengan latar belakang keluarga yang pelbagai membentuk perspektif dan pendekatan unik dalam kehidupan saya,” katanya kepada pemberita.

 Keghairahannya dalam industri seni dan hiburan bermula pada 2006.

Pernah menjadi fi nalis dalam pertandingan Hos Utama TV3 Malaysia membuka ruang untuk dirinya mengacarakan pelbagai program televisyen seperti Goolies di 8tv dan Program Diagnostik di RTM.

 “Saya juga meminjamkan suara untuk beberapa runut bunyi fi lem, termasuk terbitan Metrowealth International Group (MIG) dan syarikat produksi bebas,” katanya. 

Selepas berehat untuk memberi tumpuan dalam kerjaya pengacaraan dan peragaan, Jasrina memasuki pencarian Nur Dara Covergirl pada 2007 dan berjaya merangkul naib juara pertandingan tersebut.

“Penglibatan saya dalam industri hiburan menjangkau lakonan dengan penampilan sebagai Aida dalam drama bersiri Air Mata Maria (TV3) di bawah Skop Productions.

 “Beberapa telefi lem dan muzik video Sesaat Kau Datang oleh Ramlah Ram dan Sleeq serta 5 Minit oleh Ramlah Ram dan Caprice.

“Saya juga mempunyai kerjaya aktif dalam peragaan hijab dan peragaan sehingga 2015,” kongsinya kepada Suara Sarawak. 

Pada 2017, Jasrina beralih tumpuan dalam bidang keusahawanan dengan mengendalikan perniagaan kosmetik dan wangian — The Beast Cosmetics.

 “Saya memilih industri ratu cantik sebagai platform untuk memanfaatkan perniagaan kerana kami berkongsi misi yang sama iaitu memperkasa dan mempromosikan wanita. 

“Keghairahan untuk mencipta produk yang mampan dan mesra alam mendorong saya menubuhkan Syarikat Art Figura, yang membekalkan piala mesra alam dan merchandized kepada industri pertandingan ratu di Malaysia,” jelasnya. 

Melalui pertandingan ini, Jasrina berhasrat untuk mempromosi dan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan kelestarian dan memelihara bumi.

 Sumbangannya, kepada Syarikat The Beast Cosmetics dan Art Figura membawa kepada pelantikannya sebagai Duta Miss Global Antarabangsa pada 2024. “Ia merupakan satu penghormatan untuk mewakili Malaysia dan mempromosikan nilai kecantikan, pemerkasaan dan kemampanan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Jasrina juga salah seorang penaja yang menyokong Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024.

“Sokongan untuk Miss Stellar World Malaysia Borneo didorong kecintaan mendalam kampung halaman, Borneo, Sabah dan komitmen saya untuk memperkasakan wanita. 

“Saya boleh menyumbang untuk membentuk masyarakat yang lebih inklusif, memperkasa dan kreatif untuk semua,” jelasnya.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU