KUCHING: Kerajaan perlu memberikan bantuan serta pemulihan ekonomi rakyat jika sektor ekonomi ditutup sepenuhnya. Pengerusi Persatuan Pemaju Estet Perumahan Sarawak (Sheda), Datuk Sim Kiang Chiok (gambar) berkata, terdapat jurang perbezaan yang besar ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan juga PKP 2.0.
“Ketika kerajaan mengenakan langkah PKP 1.0 pada tahun lalu, kita berupaya mengawal kes Covid-19. “Sementara PKP 2.0 yang diumumkan dengan lima sektor ekonomi beroperasi iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran serta perladangan dan komoditi menunjukkan tiada petanda jangkitan ini akan berkurangan.
“Untuk menutup semua aktiviti ekonomi pada PKP 2.0, kerajaan harus mengambil pertimbangan serius terhadap mata pencarian rakyat Malaysia.
“Selain itu, para majikan serta pekerja harus meningkatkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) mereka terhadap kehidupan dan pekerjaan untuk membantu mengekang penularan jangkitan Covid-19,” katanya. B
eliau turut menyuarakan kekecewaannya berkenaan Program Subsidi Upah (SPU) Permai yang diumumkan hanya melibatkan zon PKP dalam tempoh satu bulan.
“Saya berpendapat, kerajaan perlu mempertimbangkan keputusan ini serta memberi bantuan kepada semua sektor di seluruh negara untuk tiga bulan atau lebih. “Dengan banyak negeri terjejas akibat PKP 2.0, terdapat kebarangkalian lebih banyak sektor ekonomi terpaksa ditutup susulan tiada petanda pengurangan kadar jangkitan Covid-19.
“Justeru, dengan subsidi gaji ini sekurang-kurangnya dapat membantu komuniti perniagaan untuk mengekalkan pekerja mereka. Ini juga akan membantu menurunkan kadar pengangguran di negara kita,” katanya.
Terdahulu, Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) memberi amaran menerusi surat kepada ahlinya dengan menyatakan PKP penuh, iaitu dengan menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi.
Langkah itu akan dilaksanakan sekiranya kes penularan Covid-19 gagal dikawal menjelang 4 Februari ini.

Komited bantu pekebun kecil
KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan bahawa kerajaan