ARTIKEL

Beri duit raya ikut kemampuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SETIAP kali Hari Raya Aidilfitri, kanak-kanak sudah pasti menjadi golongan paling gembira dan tidak sabar menyambut perayaan ini selepas sebulan berpuasa.

Tarikh 1 Syawal boleh dianggap sebagai kemuncak kepada ibadah puasa kerana ia merupakan hari kemenangan selepas sebulan menahan lapar dan dahaga.

Lazimnya Hari Raya Aidilfitri diraikan dengan penuh kemeriahan.

Sudah pastilah golongan paling gembira ialah kanak-kanak kerana inilah peluang untuk menziarahi sanak-saudara dan jiran tetangga, di samping peluang untuk mendapat duit raya daripada tuan rumah.

Namun, wujud polemik dalam masyarakat tentang pemberian duit raya kepada kanak-kanak.

Daripada aspek positif, amalan ini sebahagian daripada ibadah bersedekah yang disulami tradisi baik (uruf sahih) dalam medium pemberian duit raya. 

Bersedekah ini adalah sebagai lanjutan daripada amalan yang dilakukan dalam Ramadan.

Di samping itu, ia juga dapat membuka ruang interaksi kanak-kanak dengan komuniti kejiranan.

Duit yang diterima biasanya dibelanjakan di kedai berhampiran sekali gus menggerakkan ekonomi setempat. Selain itu, ada juga menyimpannya.

Sementara aspek negatif amalan ini, ia sebahagian daripada didikan yang bersifat materialistik. 

Ini kerana mereka diajar tentang mengharapkan duit daripada tuan rumah, bukannya menziarahi jiran sekeliling untuk saling mengenali dengan ikhlas. 

Malah, pemberian ini membuka ruang kepada gejala rasuah pada kemudian hari kerana mereka dididik untuk mengharapkan ganjaran daripada orang lain disebabkan berpuasa.

Selain itu, terdapat dakwaan amalan ini menambah beban kewangan pihak pemberi kerana seolah-olah menjadi kewajiban untuk memberi duit ketika sambutan hari raya.

Dalam pada itu, ada juga pandangan yang mempertikaikan sedekah selepas Ramadan yang kurang fadilatnya.

 Di samping itu, tradisi ini juga didakwa meniru amalan budaya kaum lain. Peniruan ini dikaitkan dengan unsur tasyabbuh (penyerupaan) yang dilarang dalam Islam.

Pandangan saya, tradisi memberi sampul raya adalah sebahagian daripada amalan sedekah yang digalakkan dalam Islam.

Selain itu, pemberian duit raya tujuannya tidak lain adalah untuk memberi motivasi kepada kanak-kanak berpuasa dan menziarahi jiran.

Dalam suasana meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pembudayaan norma baharu selepas pandemik Covid-19, amalan pemberian duit raya boleh memanfaatkan pelbagai teknologi yang ditawarkan terutama berbentuk tanpa sentuhan. 

Antaranya aplikasi DuitNow dan QRPay yang ditawarkan oleh bank, pemindahan terus ke dalam akaun bank akaun penerima dan kredit e-dompet.

Justeru, amalan pemberian duit raya adalah selari dengan Islam kerana titik tolaknya adalah amalan sedekah.

Tidak semua tradisi masyarakat setempat itu tidak baik (fasid). 

Bahkan, selain dapat memperoleh ganjaran pahala, ia juga dapat menceriakan pihak yang menerima duit raya terutama kanak-kanak.

Amalan pemberian duit raya sudah sinonim dengan masyarakat Islam di Malaysia tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa setiap kali sambutan Aidilfitri.

Ia sebenarnya satu daripada cara untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama umat Islam selain membantu meringan beban golongan memerlukan.

Dalam pemberian duit raya, umat Islam perlu mengutamakan golongan asnaf terlebih dahulu sebelum masyarakat luar.

Tidak kira sama ada si pemberi menganggap pemberiannya adalah sedekah, ia bergantung kepada niat masing-masing.

Selain itu, pemberian duit raya tujuannya tidak lain untuk memberi motivasi kepada kanak-kanak berpuasa dan menziarahi rumah jiran.

Tradisi ini biasanya dilakukan sehingga pada usia tertentu sahaja.

Apabila meningkat remaja, mereka akan berasa malu menziarahi jiran hanya untuk bagi mendapatkan duit raya.

Pada ketika ini, kanak-kanak hanya memikirkan keseronokan mengumpul duit untuk membuat simpanan dan perbelanjaan.

Dalam dakwaan peniruan dengan budaya kaum lain, asasnya terdapat perbezaan jelas antara kedua-duanya. Dalam amalan pemberian angpau, ia dikatkan dengan beberapa cerita legenda Cina.

Antaranya, azimat melindungi kanak-kanak daripada gangguan hantu Sui ketika menjelang Tahun Baharu Cina.

Tidak semua orang boleh memberi angpau.

Hanya orang sudah berkahwin boleh memberi kerana dianggap dewasa.

Bagi yang sudah dewasa tetapi belum berkahwin tetap boleh menerima angpau.

Ini kerana angpau menjadi lambang pembawa kebaikan termasuk jodoh.

Duit diberikan mesti baharu dengan jumlah genap selain daripada angka empat.

Masyarakat Cina menganggap pemberian sampul merah untuk mendapat kebaikan dan nasib baik sepanjang tahun.

Kedua-dua pemberian duit raya ini disandarkan pada latar berbeza.

Hakikatnya, boleh sahaja duit raya diberikan pada Ramadan tetapi kanak-kanak hanya menziarahi jiran tertangga pada 1 Syawal.

Malah amalan pemberian sedekah ini kesinambungan daripada apa-apa yang diamalkan semasa Ramadan.

Ini kerana amalan bersedekah bukan hanya terhad pada Ramadan semata-mata.

Terdapat pandangan menganggap pemberian duit raya sebagai kewajiban namun terdapat pihak mendakwa pemberian ini membebankan.

Jika dilihat dalam pengamalannya, tiada batas pemberian minimum dan maksimum, namun ditetapkan seikhlas hati dan dapat menghiburkan hati penerima.

Sifat berkira sebenarnya bertentangan dengan galakan bersedekah seperti dianjurkan Islam. Tidak perlu rasa terbeban jika tidak mampu kerana tiada paksaan untuk memberi duit raya.

BERITA LAIN

Tulisan beracun

MATA pena lebih tajam daripada mata pisau. Sama seperti pisau yang dapat digunakan untuk mengukir, alat yang sama juga dapat digunakan untuk membunuh. Pisau dapat

Skuad termahal buru juara

JIKA bercakap mengenai bola sepak, sudah pasti kebanyakan peminat menggemari kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris. Ini kerana kebanyakan kelab seperti Arsenal, Manchester United,

Sayangi anak istimewa

HIDUP impikan kesempurnaan. Dahulu impian saya nombor satu memiliki anak-anak yang sihat, sempurna fizikal, beradab dan pandai sekolah dan panjang umur. Saya tidak impikan benda

Harapan selepas SPM

SABAN tahun ribuan pelajar di seluruh Malaysia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia adalah peperiksaan penting, sebagai detik permulaan anak-anak muda

Penulis upahan, kisah nasib dan Abang Jo

TATKALA Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuji Sarawak dan Premiernya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam podcast Meh Dengo Jap!

Pentingnya Kemahiran

JUMAAT minggu lepas, dua belas pelajar Universiti Malaysia Sarawak menamatkan latihan industri sebagai wartawan pelatih di akhbar kami — Suara Sarawak. Selama tiga bulan, mereka

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan