ARTIKEL

Beri duit suapan kepada pegawai Imigresen, dua warga China didenda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua orang warga China masing-masing dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana memberi suapan RM100 kepada pegawai Imigresen sebagai dorongan tidak melakukan pemeriksaan saringan passport mereka kerana Pas Lawatan Ikhtisas (Permit Kerja Professional) hampir tamat.

Tertuduh Pu Chaozheng, 36 dan Xia Bobin, 35, mengaku bersalah atas satu pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Steve Ritikos.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Steve menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap mereka sekiranya gagal menjelaskan denda.

Menurut kertas pertuduhan, mereka masing-masing didakwa memberi suapan kepada Pegawai Kanan Imigresen yang bertugas di kaunter kawalan keluar Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) antara jam 10 pagi dan 10.30 pagi pada 1 Januari lepas.

Mereka memberi wang berkenaan sebagai balasan agar pegawai itu tidak melakukan saringan ke atas passport mereka dan tidak mengambil tindakan undang-undang kerana mereka dipercayai telah melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Menurut fakta kes, mereka mempunyai Pas Khas untuk masuk ke negara ini bermula 6 Disember 2022 sehingga 4 Januari tahun ini atas urusan rasmi perniagaan.

Pada 1 Januari lalu, mereka berada di LTAK bakal memasuki penerbangan menuju ke Kuala Lumpur.

Melihat perbuatan kedua-dua tertuduh yang hendak memberi suapan kepada pegawai kanan Imigresen kemudian itu terus melaporkan kejadian itu kepada orang atasan untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Nur Nisla Abd Latif manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Kertas siasatan kes pembunuhan Nur Farah hampir siap

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah kini hampir siap dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa

BERITA TERBARU