Trending

Beri kuasa PBT kutip sewa perkhidmatan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kementerian Kerajaan Tempatan dicadangkan mewujudkan undang-undang kecil memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengutip sewa tahunan daripada penyedia perkhidmatan.

ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, ia bagi membolehkan pihak kerajaan negeri membayar perkhidmatan khususnya berkaitan penyedia utiliti sekiranya diperlukan.

“Saya mempunyai beberapa pengalaman tidak begitu menyenangkan dengan pembekal perkhidmatan utiliti semasa melaksanakan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Antaranya menerima bil penyedia perkhidmatan yang lebih tinggi daripada syarikat berkaitan.

“Contoh terbaharu berlakunya kejadian

tersebut adalah penempatan semula sejumlah tujuh batang tiang dan kabel dengan kos dikenakan RM 585,799 sedangkan peruntukan RTP disediakan hanya RM200,000.

Bagaimanapun selepas banyak rundingan dan tinjauan tapak, angka akhir telah turun kepada kurang daripada RM100,000,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada persidangan DUN Sarawak Ke-19, di sini, semalam.

Dalam hal berlainan beliau berkata, sudah tiba masanya untuk kerajana meminda ordinan berkaitan rabies untuk membolehkan PBT mempunyai lebih kuasa serta garis panduan lebih baik untuk pemilik haiwan.

“Ini bagi menangani masalah anjing liar serta mendidika masyarakat memastikan haiwan mereka diberikan vaksinasi rabies dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu menggesa supaya pembinaan kolam renang dan kompleks sukan Bintangor disiapkan secepat mungkin kerana ia masih belum disiapkan disebabkan oleh beberapa isu teknikal.

“Selain itu, di kawasan saya terdapat banyak menara telekomunikasi bogel yang tidak ditauliahkan sehingga kini. Ini adalah masalah yang serius kerana rakyat kini lebih mengambil berat tentang sambungan internet.

“Justeru, adalah amat penting apabila menara telekomunikasi dibina, semua kelengkapan sampingan mesti dipasang dan biarkan menara telekomunikasi beroperasi secepat mungkin,” tegasnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru